Monday, April 26, 2010

TIPU...TIPU...TIPU....



Penipuan licik yang dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah perhentian Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak akhirnya berjaya ditumpaskan oleh seorang mangsanya. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nizam telah dihampiri oleh seorang yang menawarkan telefon bimbit berjenama dengan harga yang murah. Beliau akhirnya membeli dua buah telefon bimbit N97 yang satunya berharga RM600 dan dua buah Nokia N95 setiap satu berharga RM250. Beliau akhirnya membayar tunai kepada lelaki tersebut sebanyak RM1700.
Setelah membayar, beliau terdetik untuk memeriksanya di sebuah kedai telekomunikasi di Gombak dan mendapati bahawa telefon tersebut tiruan dan mudah rosak...Semua paparan bluetooth, wifi dan beberapa aplikasi lain tidak berfungsi..
Saya rasa bukan beliau sahaja yang tertipu...mungkin ramai lagi... yang lain mengambil sikap...biarlah..dah rezeki dia..Tapi yang menariknya dalam cerita benar di atas, Nizam telah menjejaki lelaki tersebut dan akhirnya berjaya mendapatkan semula wangnya...

Sebenarnya saya tertarik cerita yang diambil dari Harian Metro tersebut kerana ianya juga pernah berlaku pada saya, tapi dalam versi yang berlainan...Bab menolong orang yang kesusahan kononnya...lepas dua tahun, bertemu orang yang sama...masih bercerita kesusahan yang sama....tapi dah "kantoi"...dah ketahuan.......


Sunday, April 25, 2010

ALONG'S BIRTHDAY CAKE

Siap untuk dihantar...
Kek Ulangtahun ke-17

Kek Tiramisu....


Moga berkat umurmu....banyak amalanmu...

Dari bulan Mac dulu, kawan saya telah memesan Kek Tiramisu untuk hari ulangtahun anaknya yang jatuh pada 22 April lalu. Saya kata, saya buat tak sedap, tak pandai nak hias cantik-cantik, tapi beliau nakkan juga. Kerana kawan, saya buatkan juga. Tapi menurut beliau, sedap....beliau mampu habiskan beberapa potong...tak tau lah saya kalau beliau nak menyedapkan hati saya...Tapi saya puas dapat bantu kawan....
Saya dah ada dua lagi pesanan untuk kek Tiramisu dan Blueberry untuk bulan Mei nanti..he..he...


Friday, April 23, 2010

MERAIKAN DIRI SENDIRI

Hidangan tengahari yang enak.....

LiNa bersama hidangan...

Ikan masam manis...

Kerabu sotong ala-siam

Sayur kangkung belacan...

"Butter Prawns".....sedap...
Setelah penat bekerja...kadang-kadang perlu juga meraikan diri sendiri..Makan yang menyelerakan, yang pastinya menyihatkan juga...Saya dan LiNa suka mencuba tempat yang baru...kalau kurang sedap..jawabnya "the first and the last time" untuk makan di situ.
Kadang-kadang ada juga terjadi, kita dah suka tempat tersebut, selang dalam dua tiga bulan...tempat dah diganti tuan lain..mana daaa.....dah tutup kedai rupanya....

Monday, April 19, 2010

BLUEBERRY CAKE- BELATED BIRTHDAY CELEBRATION


Seperti yang dijanjikan, saya sudahpun menyiapkan sebiji kek blueberry untuk dihadiahkan kepada LiNa yang telah menyambut ulangtahun pada hari Sabtu lepas. Saya sebenarnya telah meraikannya sehari lebih awal iaitu pada hari Jumaat, tanpa kek. Tapi untuk seronok-seronok biar kawan-kawan LiNa yang lain merasa, saya akan bawa ke sekolah esok.....

Sunday, April 18, 2010

SAKURA LAGI...DI JEPUN...

Yaya dan kawan-kawan
Sakura..
Wow...banyaknya bunga...

Bunga lagi....

Gadis-gadis dan bunga...
di Jepun
Minta maaf lah Yaya dan kawan-kawan...mak saudara kome ni sukakan bunga, jadi ...ambik gambar yang berbunga tu di fb korang...
Walau apapun wanita dan bunga memang tak dapat dipisahkan...lebih-lebih lagi kalau musim nak menyambut hariraya, tokeh kedai bunga memang buat duit.Apa tidaknya, makcik-makcik dan kakcik semuanya nak tukar bunga hiasan meja, hiasan sudut, hiasan katil dan macam-macam tempat lagi.
Sebenarnya memang tahu benda tu plastik, tapi nak juga....yang fresh kan mahal...
Tapi, kalau pilih kawan, jangan pilih yang plastik...bahaya...






SELAMAT ULANGTAHUN

Secangkir kopi

Sepotong kek


Sebiji kek comot..he..he..he..


Tapi...yummy...tak percaya...?



Walaupun comot..inilah hasil tangan sendiri...he..he...


Suami tersayang menyambut ulangtahun ke-46 pada 16 April, manakala kawan baik saya menyambutnya pada keesokan harinya. Kami sekeluarga telahpun meraikan ulangtahun "baba" pada malamnya di Horizon Garden berhampiran tempat tinggal kami. Alhamdulillah...semuanya lancar..masakannya tak mengecewakan...
Di rumah pula, saya menyediakan Kek Blueberry untuk santapan mata, sebab anak-anak tak berapa sukakan kek...takpe lah, nanti saya bawa ke sekolah..tentu habis...tak anak murid, ibu dan bapa murid tentu suka..
Dan saya bercadang nak buatkan satu lagi Blueberry Cake untuk rakan saya, Li Na....saya sukakan Chocolate Cake..memandangkan beliau tidak makan chocolate, saya ubah plan,blueberry jugak la...nanti dia kena migraine...hu..hu..
Untuk anak saya yang tak dapat balik dari asrama, petangnya saya dah masakkan pulut kuning dan rendang untuk dia...kesian...tak cerita kat dia kami makan kat "Garden" tu.....saya hantarkan rendang dan pulut pun dia seronok...Alhamdulillah...

Thursday, April 15, 2010

HOME SWEET HOME

Menandatangani perjanjian

Sudah tercapai impian

Bukan mudah..banyak yang perlu di "sign"

Tumpang gembira...
Setelah beberapa hari (tahun) mencari tempat yang sesuai dipanggil "home sweet home" akhirnya Li Na berjaya mencari rumah yang menepati citarasa, yang penting dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik....Walaupun tahun lepas rumah-rumah di sini dikatakan "sold out", rupa-rupanya setelah beberapa bulan, ada antara bakal-bakal pembeli rumah dikatakan tidak dapat kelulusan untuk mendapat pinjaman, akhirnya rumah terpaksa "dilepaskan"...Pemaju akhirnya menjual semula rumah siap dengan harga baru yang telah di "naikkan" sehingga hampir RM30,000. Mudahnya menjana wang.....Siapa yang beli...kita juga...

Wednesday, April 14, 2010

TEMPURA BATTER RECIPE



I like to eat tempura seafood and tempura vegetables. But...do not really know how to make it crispy...the one I did was soggy when it is cold..I found one that may work. Looks like very yummy and crispy.

Ingredients:
1 egg

1 cup iced water

1 cup all purpose flour

Preparation:

Beat an egg in a bowl. Add ice water in the bowl. Be sure that the water is really very cold. Add the sifted flour into the bowl and mix lightly. Be careful not to overmix the batter.
Then, you can deep the cleaned seafood or selected vegetables to be deep fried. Make sure the seafood is dried using the kitchen towel so that it will not soggy. Dip into the batter and fry until brown. Enjoy....

Sunday, April 11, 2010

SUP URAT KETING

Enaknya sup urat keting...
Empunya restoran menunjukkan rupa urat keting lembu...


Restoran konsep terbuka...


Pernah dengar sup urat keting? Saya baru dengar, tapi dah biasa makan...dalam " sup gear box". Dulu-dulu sup gear box ni hanya popular masa Hariraya Korban atau AidilAdha, tapi sekarang di pasar malam pun ada...di restoran pun ada...Tapi yang ni special sikit...Restoran Sup Urat Ketin...bagus..ada kelainan walaupun isinya sama...


Saturday, April 10, 2010

SEMUANYA BERRY....

Strasberries...
Macam strawberries tapi lebih kecil,gelap dan manis..

Bentuk strawberries tapi warna putih...rasanya macam pineapple..

Pineberries
Sumber: http://shuangxingfu.blogspot.com/
Anak saya pernah didenda guru kerana tersilap mengeja strawberry, jadi gurunya menyuruh baliau menulis seratus jenis buah yang berakhir dengan perkataan "berry", dia pulang ke rumah bertanyakan saya untuk menamakan seratus "berry". Mana saya tau...saya pun bertanyakan Mr.Google...akhirnya bertemulah beratus-ratus berry....
Antara yang terbaru ialah Strasberry dan Pineberry agaknya...
Subhanallah....

Thursday, April 8, 2010

THE REAL SAKURA


Sungguh lebat bunganya...

Menatap sang bunga...


Gadis dan bunga....


Sumber gambar: http://cheezerland.com/
Gambar-gambar di atas memang sangat menarik . Ini baru "real sakura" yang sedang berbunga lebat di Jepun...kalaulah saya dapat ke sana.....

Wednesday, April 7, 2010

KENANGAN BERSAMA MEREKA


Hari ini hampir 3 minggu saudara perempuan suami saya meninggalkan kami semua. Setelah terlantar hampir setahun, bertarung dengan penyakit yang digeruni wanita, kanser payudara..

Beliau menurut kacamata saya, merupakan wanita yang sangat tabah membesarkan empat puteri yang kesemuanya berjaya menjejakkan diri ke menara gading. Ditinggalkan suami sejak 13 tahun lalu, memburu wanita yang lebih menawan...meninggalkan permata di hati insan...

Beliau merupakan seorang pendidik yang akhirnya memilih untuk bersara awal disebabkan penyakit tersebut, walaupun baru setahun bersara pilihan, beliau telah pergi menyahut panggilan Ilahi tanpa dapat dihalang. Itulah kuasa Tuhan..

MINUM PETANG-MALAM

Sedap dimakan ketika masih panas..
mmmhh..
Menunggu untuk digoreng
Semuanya ada 19 biji...
Siap untuk dibentuk....

Kerjanya nampak mudah...lebih kurang satu jam dah siap..tapi banyak kerenahnya..ambik tu..ambik ni..cuci tu, cuci ni....mmmphh..lain kali beli saja lah...
Resepinya mudah sahaja:
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 peket mauripan
2 sb marjerin
1 sb dough softener
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
1 biji telur
Cara membuatnya:
1. Masukkan mauripan dan gula kedalam air suam. Biarkan selama 10-12 minit hingga berbuih.
2. Cairkan marjerin dan dough softener. Sejukkan.
3. Masukkan susu pekat manis, telur dan marjerin yang dah disejukkan ke dalam 1.Kacau.
4. Masukkan tepung ke dalam besen/bekas yang sesuai, masukkan bahan-bahan tadi. Gaul sebati, menggunakan senduk kayu, kerana adunannya lembut dan melekat.
5. Biarkan sehingga 30-40 minit.
6. Bentukkan doh menggunakan tepung yang banyak di tangan...
7. Siap untuk digoreng.
8. Sekiranya hendak disimpan, goreng sebentar sahaja, bila sejuk boleh disimpan frozen...

Friday, April 2, 2010

SAKURA MANJUNG






























Minggu lepas, pokok Tercoma (ala-ala Sakura)telah berbunga dengan lebat di kawasan perumahan berdekatan tempat tinggal saya...Alangkah cantiknya...bertaburan...kadang-kadang dibiarkan begitu sahaja oleh tuan rumah...nampak lebih asli...tetapi sayangnya bunga tersebut tidak bertahan lama...Minggu ini, nampaknya bunga-bunga tersebut telah berguguran...hampir kesemuanya...Begitulah juga manusia....Hidup hanya sementara...tiba masanya, kita pasti kembali bertemuNya...