Kerjanya nampak mudah...lebih kurang satu jam dah siap..tapi banyak kerenahnya..ambik tu..ambik ni..cuci tu, cuci ni....mmmphh..lain kali beli saja lah...
Resepinya mudah sahaja:
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 peket mauripan
2 sb marjerin
1 sb dough softener
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
1 biji telur
Cara membuatnya:
1. Masukkan mauripan dan gula kedalam air suam. Biarkan selama 10-12 minit hingga berbuih.
2. Cairkan marjerin dan dough softener. Sejukkan.
3. Masukkan susu pekat manis, telur dan marjerin yang dah disejukkan ke dalam 1.Kacau.
4. Masukkan tepung ke dalam besen/bekas yang sesuai, masukkan bahan-bahan tadi. Gaul sebati, menggunakan senduk kayu, kerana adunannya lembut dan melekat.
5. Biarkan sehingga 30-40 minit.
6. Bentukkan doh menggunakan tepung yang banyak di tangan...
7. Siap untuk digoreng.
8. Sekiranya hendak disimpan, goreng sebentar sahaja, bila sejuk boleh disimpan frozen...
No comments:
Post a Comment