Monday, April 26, 2010

TIPU...TIPU...TIPU....



Penipuan licik yang dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah perhentian Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak akhirnya berjaya ditumpaskan oleh seorang mangsanya. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nizam telah dihampiri oleh seorang yang menawarkan telefon bimbit berjenama dengan harga yang murah. Beliau akhirnya membeli dua buah telefon bimbit N97 yang satunya berharga RM600 dan dua buah Nokia N95 setiap satu berharga RM250. Beliau akhirnya membayar tunai kepada lelaki tersebut sebanyak RM1700.
Setelah membayar, beliau terdetik untuk memeriksanya di sebuah kedai telekomunikasi di Gombak dan mendapati bahawa telefon tersebut tiruan dan mudah rosak...Semua paparan bluetooth, wifi dan beberapa aplikasi lain tidak berfungsi..
Saya rasa bukan beliau sahaja yang tertipu...mungkin ramai lagi... yang lain mengambil sikap...biarlah..dah rezeki dia..Tapi yang menariknya dalam cerita benar di atas, Nizam telah menjejaki lelaki tersebut dan akhirnya berjaya mendapatkan semula wangnya...

Sebenarnya saya tertarik cerita yang diambil dari Harian Metro tersebut kerana ianya juga pernah berlaku pada saya, tapi dalam versi yang berlainan...Bab menolong orang yang kesusahan kononnya...lepas dua tahun, bertemu orang yang sama...masih bercerita kesusahan yang sama....tapi dah "kantoi"...dah ketahuan.......


No comments:

Post a Comment