Wednesday, October 19, 2011

MENCARI IKHLAS...

Kalau ditanya kepada kita tentang "Ikhlaskah kita menolong orang lain?"
Saya pasti jawapannya "Ya", kalau kita memang ikhlas menolong. Tetapi, kalau orang yang sama asyik minta tolong, tanpa belas kasihan, dan orang tersebut pula tidak tahu yang kita sedang menolongnya, kerana dia tidak menyelesaikan tugas yang sepatutnya, itu bagaimana pula..
Balik-balik tak selesai tugas dia, akhirnya yang menolong pun tak mampu dah....
Macam membebel, tetapi saya percaya anda pernah mengalami situasi seperti ini. Dalam kehidupan, ini adalah sebahagian dari asam garam yang menceriakan (?) lorong-lorong yang kita tempuhi. Kita sebenarnya sentiasa diuji, dalam keluarga, bersama rakan, bersama jiran dan sebagainya. Disitulah akhirnya Allah menilai kita. Mampukah kita menjadi orang yang sabar dan yang ikhlas....?
Kita sendiri tahu jawabannya...

KAK SITI DAN BUBUR ATOK

Bubur Atok...cubalah..
Bubur nasi special...Atok's recipe
Bersama Kak Siti
Setelah pulang dari kerja semalam, saya dan rakan-rakan berkunjung ke rumah bekas bos saya yang telahpun bersara pada tahun 2010. Kami masih lagi saling berhubung dan berkunjung ke rumah beliau pada waktu-waktu tertentu. Tahun ini sahaja, kami telahpun berkunjung lebih dari tiga kali. Kami menziarahi beliau pada tanggal Aidilfitri lalu, kemudian kami dijemput pada hari perkahwinan anak kedua beliau dan kemudian saya dan Li Na berziarah sambil menghantar pek mandian herba yang Li Na hasilkan.
Kali ini saya datang untuk menziarahi beliau yang akan pergi menunaikan haji pada tanggal 26 Oktober akan datang. Rakan-rakan lain sebenarnya telahpun menziarahi beliau pada minggu lepas, disebabkan beberapa kekangan, saya hanya mampu ke rumah beliau semalam. Banyak yang kami bualkan, termasuk memohon agar saya didoakan yang baik-baik di sana. dan tak lupa juga berkirim salam kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau yang saya kagumi, seorang wanita yang tabah, penuh dengan ciri kepimpinan, wanita yang sangat bersungguh-sungguh dalam kerjaya...
Pulang ke rumah, kepala pun berat, perut pun lapar...saya hanya membuat bubur atok..nama yang diberikan oleh anak-anak saya. Sewaktu ayah mentua saya uzur, inilah makanan yang mampu beliau makan sehinggalah akhir hayat beliau. Anak-anak saya gemarkan bubur nasi yang simple..tak perlu "sehebat" bubur lambuk Kampung Baru. Hanya bubur nasi..berlauk kan carrot dan bawang goreng...Dimakan bersama sambal kicap..Sedappp...

Sunday, October 16, 2011

KEMASKINI DI BELAKANG RUMAH...

Pokok kunyit - masih bertahan



Pokok hempedu bumi - tumbuh sendiri

Pokok keladi- hiasan


Pokok roselle- kurang perhatian

Pokok lemuju- baru mula segar


Pokok mata pelanduk - sejenis ulam


Limau kasturi


Limau kasturi- tak diambil buahnya, penuh berair,hampir masak


Pokok setawar hutan- herba dan hiasan


Apabila pergi berkursus seminggu, banyak perkara rupanya hendak dikemas kini. Jangan kata di tempat kerja sahaja, di belakang rumah pun kena ambil kira..walaupun tiada tanah, hanya pasu sahaja yang berisi tanah untuk dikemaskini. Belum lagi dalam rumah, dalam bilik, bilik air... dapur...kain-baju..huh...
Bila terlalu banyak hendak dilihat, maka akhirnya lappy juga yang mampu membawa keceriaan. Rasanya nak rehatkan kepala juga ni...mmmm. blogwalking...

MASIH ADA RUPANYA..

Arigato Sirat San...hehehe..

Trainer dan Mohd Fauzi- rakan sekerja

Sesi Analysis Review


Trainer dan En. Zulkipli- rakan sekerja

Group Photo

Kursus FMEA

En. Sirat Abd Rahman, mati-mati saya sangka orang Jepun

Setelah sekian lama tidak mengemas kini entri, saya rasa seperti ingin sekali menulis, walaupun kadang-kadang masa amat cemburu. Saya amat kagum dengan bloggers yang tidak henti-henti mengemaskini entri walau dalam kesibukan. Seperti kawan saya Li Na dengan blog Xing Fu nya, Prof Kamil dengan KRTS (Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan) dan yang lain-lain, tak perlu saya nyatakan di sini.
Walau apapun, baru-baru ini saya dipilih untuk menghadiri kursus, walaupun sebenarnya banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutamanya menjelang minggu-minggu akhir anak-anak didik kami ingin menduduki SPM. Atas rasa tanggungjawab dan untuk memperbaiki diri, saya tetap menghadiri kursus tersebut. Banyak input yang saya dapat, terkesan di hati, dan berbaloi rasanya. Thumbs up untuk trainer tersebut, sewajarnya key personnel menghadiri kursus begini, walaupun tidak wajib. apapun, saya gembira- dicelah-celah kerja yang menimbun. Huhuhu...

Tuesday, December 28, 2010

PERGI TAK KEMBALI


Beberapa kali saya ulang membaca entri terakhir blog beliau, beberapa kali juga saya menitiskan airmata, sedih, pilu, kagum, terharu ...bercampur-baur. Itulah rupanya tulisan terakhir beliau, Dr Mas Afzal yang sangat tabah, menghadapi kanser lymphoma yang dihidapi semenjak tahun 2008 lagi. Saya tambah kagum dengan ketabahan ibu beliau yang beliau coretkan dalam entri terakhir....

Boleh baca coretan Dr Mas Afzal di sini: http://masafzal.blogspot.com/

Coretan ibu beliau sangat meruntun perasaan, hanya yang berhati batu sahaja mungkin tidak menitiskan airmata. Itulah kasih ibu, kasih yang membawa ke syurga. Ampunkan dosa-dosa beliau YaAllah...rahmati dia dengan kasihMu yang tak terhitung banyaknya....
Bacalah sebahagian coretan ibunya (di ruangan comments):

Mas Afzal passed away at 2.23 am, the 18 December 2010...
N now, part of me is happy for him, because he is no longer suffering but a larger part of me is missing him so much. My baby is no longer with me. I am no longer able to take care of him for he is now under a more capable carer......
I will always have the beautiful memories with Afzal, the moments together that only two of us
share...always...

Al Fatihah untuk beliau....

Friday, November 19, 2010

MARINA ISLAND....DI MANJUNG

Paparan jadual perjalanan feri

Bergambar di Jeti MI

Pan Silver Ferry

Paparan harga tiket feri..
Marina Island, namanya macam berada di luar negara, tapi di Manjung rupanya...Kalau anda ingin ke Pulau Pangkor, sekarang anda mempunyai dua pilihan, sama ada melalui Jeti Lumut atau Jeti Marina Island. Lokasi Marina Island ialah betul-betul di hadapan Teluk Batik, berhadapan dengan Hotel Marina Cove. Kalau anda ingin sampai ke sini, anda boleh ambil jalan masuk arah signboard Teluk Batik, tapi jangan masuk ke situ, nanti sampai ke TB. Anda ambil jalan masuk betul-betul selepas tanda arah Teluk Batik. Tak faham...? Kalau anda sampai ke sini nanti, anda boleh faham..
Menaiki feri melalui Jeti Marina Island mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja, dibandingkan dengan melalui Jeti Lumut yang mengambil masa lebih kurang 25 minit. Kelebihan dari Jeti Lumut ialah, anda dapat menikmati pemandangan laut yang lama. Berbaloi dengan RM10 dua hala yang anda bayar untuk tambang feri. Tapi, kalau kesuntukan masa, boleh melaui jalan alternatif ini.
Walaupun harga tambang sama, anda mesti menjadi ahli sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Kad ahli hanya sah selama setahun. Kemudian barulah boleh membeli tiket feri.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA


Hari ini adalah merupakan hariraya qurban atau Hariraya Aidil Adha bagi umat Islam di Malaysia. Selepas menunaikan solat sunat hariraya nanti, ramailah antara kita yang turut sama membantu menyembelih, melapah, mengagihkan daging lembu yang dikorbankan pada tahun ini. Sama-samalah kita mengambil kesempatan untuk berkorban yang masanya hanya ada 4 hari dalam setahun iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Kepada yang berkemampuan, ambillah peluang ini, sama-sama menyahut seruan Rasulullah dan disamping itu dapat membantu mereka yang memerlukan dan memberi hadiah kepada yang mampu.