Bubur Atok...cubalah..
Bubur nasi special...Atok's recipe
Bersama Kak Siti
Setelah pulang dari kerja semalam, saya dan rakan-rakan berkunjung ke rumah bekas bos saya yang telahpun bersara pada tahun 2010. Kami masih lagi saling berhubung dan berkunjung ke rumah beliau pada waktu-waktu tertentu. Tahun ini sahaja, kami telahpun berkunjung lebih dari tiga kali. Kami menziarahi beliau pada tanggal Aidilfitri lalu, kemudian kami dijemput pada hari perkahwinan anak kedua beliau dan kemudian saya dan Li Na berziarah sambil menghantar pek mandian herba yang Li Na hasilkan.
Kali ini saya datang untuk menziarahi beliau yang akan pergi menunaikan haji pada tanggal 26 Oktober akan datang. Rakan-rakan lain sebenarnya telahpun menziarahi beliau pada minggu lepas, disebabkan beberapa kekangan, saya hanya mampu ke rumah beliau semalam. Banyak yang kami bualkan, termasuk memohon agar saya didoakan yang baik-baik di sana. dan tak lupa juga berkirim salam kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau yang saya kagumi, seorang wanita yang tabah, penuh dengan ciri kepimpinan, wanita yang sangat bersungguh-sungguh dalam kerjaya...
Pulang ke rumah, kepala pun berat, perut pun lapar...saya hanya membuat bubur atok..nama yang diberikan oleh anak-anak saya. Sewaktu ayah mentua saya uzur, inilah makanan yang mampu beliau makan sehinggalah akhir hayat beliau. Anak-anak saya gemarkan bubur nasi yang simple..tak perlu "sehebat" bubur lambuk Kampung Baru. Hanya bubur nasi..berlauk kan carrot dan bawang goreng...Dimakan bersama sambal kicap..Sedappp...
No comments:
Post a Comment