Dengan deretan kedai baru dan terminal jeti yang moden serta diperindahkan dengan lorong pejalan kaki serta taman rekreasi, menjadikan Lumut sebuah bandar yang indah di Daerah Manjung. Dahulu, jeti di sini hanyalah jeti kayu dan botnya adalah bot nelayan yang membawa penumpang ke Pulau Pangkor. Hospital Lumut sudah tiada, digantikan dengan Hospital Seri Manjung yang terletak di Bandar Seri Manjung. Laluannya juga sudah ditutup kerana ianya menjadi hak milik persemdirian iaitu Hotel Orient Star, Lumut.Lihatlah sendiri, kepada siapa yang lama tidak sampai ke sini, mungkin hampir tidak mengenali bandar Lumut.
MAKLUMAT PERJALANAN FERI:
Kredit untuk rakan saya di blog ini:http://shuangxingfu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment