Saya tak pernah mencuba buat roti, BM saya sudah lama dibelikan oleh anak saudara yang pulang dari perantauan. Baru berkesempatan mencuba menggunakan BM, kalau tiada BM, boleh juga menggunakan tangan. Semasa memasak, kena sabar , buat satu persatu, saya masukkan terus dua dulang, menyebabkan roti sedikit hangit kerana terlalu dekat dengan besi panas...
250 g tepung roti
50 g gula halus @ castor
10 g susu tepung
1/2 st garam halus
1/4 st bread improver
1/4 st bread softener
30 g telur
6 g instant yeast
20 g mentega
125 g air suam (BM- guna air sejuk)
Bahan tabur:
1 tin tuna - toskan dan lecek hingga hancur
2 1/2 sb mayonis (optional)
1 biji bawang besar (potong kiub)
daun bawang
limau kasturi (perah airnya)
**Gaul semua bahan biar sebati. Lebihan daun bawang dan bawang besar boleh ditabur atas roti.
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker (BM) dan pilih set "dough" dan tekan "ON".
2. Setelah siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk (dengan tangan) untuk mengeluarkan udara.
3. Bahagikan doh kepada saiz 70-80g dan biarkan sebentar. Susun dalm paper cup bentuk bujur.
4. Sapu telur (ambil dari lebihan telur dalam bahan tadi), dan tabur tuna serta daun bawang.
5. Biar lebih kurang 30 minit hingga kembang.
6. Bakar dalam oven 190 C selama 25 minit hingga perang atau kuning keemasan.
7. Boleh dihias dengan mayonis dan sos cili.
8. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment