Kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor, Teluk Batik, Marina Island atau Lumut, anda boleh menginap sama ada di tanah besar atau di pulau. Bezanya cuma dari segi kemudahan. Kalau ingin benar-benar bercuti dari kesibukan, tinggal sahaja di Pulau Pangkor. Kalau ingin meneroka sekitar Manjung dan Lumut, anda boleh menginap sama ada di Lumut, Teluk Batik atau di Marina Island.
Saya ingin mencadangkan begini, anda menginap di tanah besar (Lumut, Teluk Batik atau Marina Island). Kemudian , anda boleh melawat pulau dan mandi-manda serta meneroka pulau, kemudian pulang semula ke seberang sini. dari segi kemudahan pengangkutan, anda tak perlu risau. Kalau anda meletak kereta di Lumut, anda kena menaiki feri dari Lumut. Kalau meletak kereta di Marina Island, kena lah menaiki feri dari sana. Jarak kedua-dua terminal feri Lumut dan Marina Island agak jauh. Mungkin dalam 8Km (anggaran...tak pernah kira).
Sekiranya anda ingin membeli buahtangan atau cenderahati, beli sahaja di Lumut. Di sini semuanya ada.....kecuali anda membeli terus makanan laut dari kilang semasa anda 'explore' Pulau Pangkor. Yang lain-lain, beli sahaja di Lumut.
No comments:
Post a Comment