Tuesday, May 18, 2010

INGATAN SEORANG PELAJAR

Kek Coklat yang dihadiahkan pelajar....


Kalaulah semua pelajar mengingati betapa besarnya pengorbanan seorang guru menjadikan mereka "manusia", tentunya tiada kes-kes buang bayi, kes melawan dan mencederakan ibubapa, melawan dan memaki malah mencederakan guru...Di mana silapnya...didikan ibubapa atau salah asuhan guru...?
Mengingati guru walaupun hanya melayangkan sekeping kad hari guru atau menghantar sms Selamat Hari Guru, merupakan ucapan yang sangat bermakna buat seorang insan bergelar guru. Betapa insan-insan ini sebenarnya telah berjaya menjadi insan bakal pemimpin sebuah institusi kecil (rumahtangga) atau pemimpin masyarakat, malah pemimpin negara.
Mereka yang mengingati guru-guru inilah sebenarnya pelajar yang tidak bermasalah di sekolah. Pengalaman mengajar selama kurang lebih 16 tahun banyak memberi pengalaman untuk membezakan kategori apakah seseorang pelajar tersebut. Sesungguhnya perkataan
" kategori" tadi bukan bermaksud memberi label kepada pelajar. Cuma tentunya ia memberi kita maklumat untuk membuat pendekatan berbeza bila mendidik pelajar tersebut. Kadangkala, pelajar-pelajar ini mendapat kurang kasih-sayang dan perhatian di rumah, jadi mereka mendapatkan perhatian guru disekolah dengan membuat pelbagai aktiviti yang kadangkala memeningkan kepala....
Walauapapun, tugas guru sebagai pendidik tetap diteruskan, walau apapun cabarannya...Terima kasih anak-anak didikku..Tanpa anda, siapalah kami...


No comments:

Post a Comment