Mencari cenderahati untuk guru-guru.......
Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru yang dedikasi, mengajar anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Guru mempunyai peranan yang sangat penting untuk membentuk generasi yang akan datang. Selain dari ibubapa di rumah, peranan guru sama penting membentuk anak-anak di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran selain dari aktiviti-aktiviti bukan akademik. Kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, peranan guru juga amat penting, menjadi wakil ibubapa semasa mereka berjauhan dari ibubapa. Peranan guru/warden di asrama membentuk mereka menjadi pemimpin, menjadi ahli masyarakat, menjadi anak soleh dengan mengadakan pelbagai program di asrama. Guru- guru inilah yang bersengkang mata menjalankan tugas siang dan malam, mengorbankan waktu cuti mereka, demi anak bangsa yang tercinta. Tahniah guru-guru, hanya Allah yang mampu membalas jasamu.
Saya menggalakkan anak-anak saya menghargai guru mereka. Bukan dengan hadiah yang mahal, kita tak mampu membelinya, cukup sekadar menghargai mereka dengan menghantar kad hari guru dan sedikit cenderahati sebagai tanda ucapan terima kasih tak terhingga. Semoga ilmu yang mereka perolehi diberkati. Kita tak mampu mengajar anak-anak kita tentang hidup semuanya, guru lah tempat mereka mendapat ilmu...Terima kasih guru-guru...
No comments:
Post a Comment