Tuesday, May 18, 2010

INGATAN SEORANG PELAJAR

Kek Coklat yang dihadiahkan pelajar....


Kalaulah semua pelajar mengingati betapa besarnya pengorbanan seorang guru menjadikan mereka "manusia", tentunya tiada kes-kes buang bayi, kes melawan dan mencederakan ibubapa, melawan dan memaki malah mencederakan guru...Di mana silapnya...didikan ibubapa atau salah asuhan guru...?
Mengingati guru walaupun hanya melayangkan sekeping kad hari guru atau menghantar sms Selamat Hari Guru, merupakan ucapan yang sangat bermakna buat seorang insan bergelar guru. Betapa insan-insan ini sebenarnya telah berjaya menjadi insan bakal pemimpin sebuah institusi kecil (rumahtangga) atau pemimpin masyarakat, malah pemimpin negara.
Mereka yang mengingati guru-guru inilah sebenarnya pelajar yang tidak bermasalah di sekolah. Pengalaman mengajar selama kurang lebih 16 tahun banyak memberi pengalaman untuk membezakan kategori apakah seseorang pelajar tersebut. Sesungguhnya perkataan
" kategori" tadi bukan bermaksud memberi label kepada pelajar. Cuma tentunya ia memberi kita maklumat untuk membuat pendekatan berbeza bila mendidik pelajar tersebut. Kadangkala, pelajar-pelajar ini mendapat kurang kasih-sayang dan perhatian di rumah, jadi mereka mendapatkan perhatian guru disekolah dengan membuat pelbagai aktiviti yang kadangkala memeningkan kepala....
Walauapapun, tugas guru sebagai pendidik tetap diteruskan, walau apapun cabarannya...Terima kasih anak-anak didikku..Tanpa anda, siapalah kami...


Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Khas untuk guru-guru sekalian

Mencari cenderahati untuk guru-guru.......

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru yang dedikasi, mengajar anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Guru mempunyai peranan yang sangat penting untuk membentuk generasi yang akan datang. Selain dari ibubapa di rumah, peranan guru sama penting membentuk anak-anak di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran selain dari aktiviti-aktiviti bukan akademik. Kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, peranan guru juga amat penting, menjadi wakil ibubapa semasa mereka berjauhan dari ibubapa. Peranan guru/warden di asrama membentuk mereka menjadi pemimpin, menjadi ahli masyarakat, menjadi anak soleh dengan mengadakan pelbagai program di asrama. Guru- guru inilah yang bersengkang mata menjalankan tugas siang dan malam, mengorbankan waktu cuti mereka, demi anak bangsa yang tercinta. Tahniah guru-guru, hanya Allah yang mampu membalas jasamu.
Saya menggalakkan anak-anak saya menghargai guru mereka. Bukan dengan hadiah yang mahal, kita tak mampu membelinya, cukup sekadar menghargai mereka dengan menghantar kad hari guru dan sedikit cenderahati sebagai tanda ucapan terima kasih tak terhingga. Semoga ilmu yang mereka perolehi diberkati. Kita tak mampu mengajar anak-anak kita tentang hidup semuanya, guru lah tempat mereka mendapat ilmu...Terima kasih guru-guru...


Tuesday, May 11, 2010

KEK TIRAMISU

TIRAMISU
Walaupun sudah beberapa kali membuat kek tiramisu sendiri, sesekali teringin juga merasa buatan orang lain. Lain rasa "air tangan' orang...Walau bagaimanapun, selera saya tetap ke timur, yang kita makan di kedai "Resepi Rahsia" terlalu pahit. Macam banyak terlebih nescafe pada whipped cream tu....Memang tak tahan tu....
Tetapi, itulah katanya yang "original". Tak main letak sikit....patut lah harganya pun boleh tahan...

Monday, May 10, 2010

PEMANDANGAN "NUR KASIH"


Li Na riang ber"posing"....


Pertama kali melihat sendiri......

Lihatlah pemandangan "Nur Kasih"...




Kawan saya dibesarkan di bandaraya Ipoh, tentunya penuh dengan hiruk-pikuk kota, pemandangan hutan batu disekelilingnya. Pertama kali saya mengajak kawan saya Li Na, melihat kampung yang menjadi lokasi "Nur Kasih" TV3 tidak lama dulu, beliau terus bersetuju...Lihatlah beliau, amat gembira melihat pemandangan sawah permai. Tapi pemandangan hijau tidak selamanya begitu, dalam masa sebulan lagi akan bertukar kuning dan seterusnya tiada lagi padi di sawah. Musim bertukar, musim berganti.....musim berlalu, begitulah manusia, semakin hari semakin menginjak umur..sampai masanya, kita pergi, sediakan bekalan untuk perjalanan...









CUBA DULU BARU TAHU....

Signboard bertulis "Cuba Dulu Baru Tau..."

Gerai Mee Udang Banjir yang dapat anugerah "Jalan-Jalan Cari Makan..."

Dah Cuba...Dah Tau....Tak habisssss......

Nampak menyelerakan....

Udang...memang banjir....

Petang Jumaat minggu lepas, saya dan Li Na singgah di tempat yang menggamit pengunjung untuk singgah di kawasan yang tidak berapa jauh dari pekan Tanjung Karang, Selangor. Sememangnya kami berdua belum makan tengahari lagi waktu itu.......sementelah lalu tempat yang popular ni, kami bercadang singgah dalam perjalanan pulang ke Manjung kelak.
Rasa tak sabar nak menunggu mee udang banjir.....di dinding terlihat frame "Jalan Jalan Cari Makan...Serina", mesti bagus ni, dalam hati berkata. Perut dah berbunyi...Pesanan pun tiba....cuba rasa...not bad...panas lagi.....Rasa lagi....mhhhhhh...lagi...lagi......mhhhhh..............
Makan udang saja lah....tak habis, pekat dan naik muak....hilang selera saya...aduhai...........cik kiah...
Adik-adik yang muda-muda lepas sekolah...nak berniaga tu boleh, tapi kursus lah dulu, berlatih masak dulu..Latih rasa dulu....rasa macam mana mee udang banjir original tu.....lepas tu berniaga lah kat mana ceruk pun...orang mesti cari.....
Rasa lapar saya hilang, timbul rasa muak, minum air banyak, nasib baik air carrot susu boleh tahan, kurang manis, menepati citarasa sihat, kami pun berlalu dengan membawa perasaan berbaur kesal, muak, kasihan, dan lucu. Benar kata mu "Rasa dulu.....kami dah tahu.....".
Maafkan kami......

Saturday, May 8, 2010

INDUSTRI MAKANAN RINGAN HALAL

Pandangan hadapan MHP Enterprise

Ruang hadapan tempat jualan

Di bahagian pemprosesan bahulu

Sempat posing sambil membeli-belah

Kaunter pembayaran

Pelbagai jenis snek hasil tempatan

Sepanjang perjalanan dari Sabak Bernam ke Tanjung Karang, terdapat beberapa papan tanda menunjukkan industri makanan ringan. Yang pastinya, MHP Enterprise yang terletak di Pasir Panjang menjadi "venue" kegemaran saya kerana terdapat pelbagai jenis snek hasil tempatan yang segar. Sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan semasa berkunjung ke rumah sahabat handai dan saudara-mara. Juga untuk selera sendiri, kalau mengantuk semasa memandu, sambil mendengar radio, mengunyah snek boleh menghilangkan mengantuk...
Saya perkenalkan tempat ini kepada Li Na, beliau yang memborong pelbagai jenis snek, saya hanya ambil empat jenis snek dan dua peket kuah pecal. Yang menghairankan saya dan Li Na, kami membayar hampir sama jumlahnya, saya RM32, Lina RM37 dengan dua beg berasingan. Setelah meninggalkan tempat tersebut...saya rasa cashier telah tersilap mengira, mana mungkin saya punya mahal, lain kali saya nak beritahu pada cashier, sekian haribulan saya beli sekian barang...harganya sekian..Kalau tak percaya pun tak apa, saya hanya akan beritahu, kalau beliau mengamalkan "Customers are always right", saya mungkin akan dapat free snek, kalau tak percaya pun, tak mengapa...bukan rezeki saya...
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang makanan ringan tersebut, boleh melayari http://www.mhp2020.blogspot.com/

Monday, May 3, 2010

MUSIM BUNGA....

Tulip Centre
Subhanallah....

Sekuntum mekar.....

Tulip Fair..di Jepun..




Saya cukup teruja bila Yaya menghantar gambar-gambar semasa musim bunga di Jepun sekarang..Alangkah...alangkah seronoknya berada dikelilingi bunga.....
InsyaAllah satu hari nanti saya akan ke sana..Biar saya melawat satu tempat yang sangat saya berhajat untuk ke sana...Masjidil Haram,Makkah..lepas tu barulah saya akan ke Jepun, Korea, Switzerland, New Zealand, Australia, Mauritius, Egypt, UAE.....he..he..he..berangan dulu...la..la...