Thursday, December 8, 2011

LUMUT LAGI...

Saya dan Li Na berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar sekitar Water Front dan Arina Wing setelah menyelesaikan beberapa urusan di sekolah pagi semalam. Di Lumut sahaja, ada beberapa tempat yang boleh dijadikan tempat berkelah untuk ibubapa membawa anak-anak bersantai. Kalau yang minat memancing, boleh bawa peralatan memancing dan bersantai di tepi atau muara Sungai Dinding yang menghadap ke laut. Pada waktu petang, biasanya ramai yang membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan atau mengambil angin sambil menenangkan fikiran di tepi laut.

Saksikan gambar yang saya ambil tengahari semalam....













Wednesday, December 7, 2011

LUMUT DAN JETI (3)

Sempena cuti sekolah, saya membawa anak-anak ke Lumut, sebelum kami membeli keperluan dapur di sekitar Bandar Seri Manjung. Semasa anak-anak kecil dahulu, saya ada membawa mereka sekali-sekali bermain di taman permainan kanak-kanak. Sekarang, mereka sudah tidak mahu pergi ke tempat begitu. Sudah besar kata mereka...

Keesokan harinya, kami meronda sekitar Marina Island. Disebabkan bapa mereka sibuk bekerja, hanya kami sahaja yang jalan-jalan cari apa...cari makan sekali-sekala. Selepas ini, ingin meronda Teluk batik pula...











 





LUMUT DAN JETI (2)

Kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor, Teluk Batik, Marina Island atau Lumut, anda boleh menginap sama ada di tanah besar atau di pulau. Bezanya cuma dari segi kemudahan. Kalau ingin benar-benar bercuti dari kesibukan, tinggal sahaja di Pulau Pangkor. Kalau ingin meneroka sekitar Manjung dan Lumut, anda boleh menginap sama ada di Lumut, Teluk Batik atau di Marina Island.

Saya ingin mencadangkan begini, anda menginap di tanah besar (Lumut, Teluk Batik atau Marina Island). Kemudian , anda boleh melawat pulau dan mandi-manda serta meneroka pulau, kemudian pulang semula ke seberang sini. dari segi kemudahan pengangkutan, anda tak perlu risau. Kalau anda meletak kereta di Lumut, anda kena menaiki feri dari Lumut. Kalau meletak kereta di Marina Island, kena lah menaiki feri dari sana. Jarak kedua-dua terminal feri Lumut dan Marina Island agak jauh. Mungkin dalam 8Km (anggaran...tak pernah kira).

Sekiranya anda ingin membeli buahtangan atau cenderahati, beli sahaja di Lumut. Di sini semuanya ada.....kecuali anda membeli terus makanan laut dari kilang semasa anda 'explore' Pulau Pangkor. Yang lain-lain, beli sahaja di Lumut.











Tuesday, December 6, 2011

LUMUT DAN JETI (1)

Bandar Lumut berubah seiring dengan perubahan masa, tambahan lagi ianya merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor yang menjadi antara pusat peranginan atau destinasi pilihan untuk percutian. Mengimbau kembali dua puluh tahun lalu semasa saya menjadi pelajar, pekan Lumut hanya seperti pekan koboi dengan deretan kedai-kedai buruk di tepi laut. Di atas bukit sana terletak Hospital Lumut, namun sekarang amat berbeza.

Dengan deretan kedai baru dan terminal jeti yang moden serta diperindahkan dengan lorong pejalan kaki serta taman rekreasi, menjadikan Lumut sebuah bandar yang indah di Daerah Manjung. Dahulu, jeti di sini hanyalah jeti kayu dan botnya adalah bot nelayan yang membawa penumpang ke Pulau Pangkor. Hospital Lumut sudah tiada, digantikan dengan Hospital Seri Manjung yang terletak di Bandar Seri Manjung. Laluannya juga sudah ditutup kerana ianya menjadi hak milik persemdirian iaitu Hotel Orient Star, Lumut.Lihatlah sendiri, kepada siapa yang lama tidak sampai ke sini, mungkin hampir tidak mengenali bandar Lumut.























MAKLUMAT PERJALANAN FERI:


Kredit untuk rakan saya di blog ini:http://shuangxingfu.blogspot.com