Friday, December 18, 2009

KEISTIMEWAAN BUAH KURMA




Ada diantara kita yang suka makan kurma,samada makan begitu sahaja ataupun dibuat jus kurma.Makan kurma kerana mengikut sunnah dan terdapat banyak khasiat. Disini saya sertakan petikan dari mstar:
JIKA mempunyai pilihan antara air, buah anggur dan buah kurma untuk berbuka puasa, umat Islam disunatkan makan buah kurma terlebih dahulu.
Itu adalah mengikut Sunah Islam.
Ini kerana buah kurma dapat memberikan tenaga segera sekali gus mereka dapat melakukan beribadat dengan lebih bertenaga.
Buah kurma adalah buah yang cukup istimewa. Walaupun saiznya kecil, ia menyimpan banyak zat dan khasiat.
Antaranya, karbohidrat, protein, gula, serat, vitamin A dan C, asid folik, asid amino, riboflavin dan air.
Ia juga kaya dengan zat mineral dan galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Orang ramai juga menggemarinya kerana ia manis. Ia boleh dimakan dalam bentuk mentah atau dimasak.
Buah kurma dipercayai berasal dari kawasan di sekitar Teluk Farsi. Pada zaman lampau, kurma banyak ditemui antara sungai-sungai Nil dan Euphrates.
Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang ditanam di seluruh dunia. Misalnya, Zahdi; Sayer; Halawi; Khadrawi; Khastawi, Brem, dan Chipchap.
Buah kurma tersebut telah menjalani "migrasi". Sebagai contoh, buah kurma Barhi dari Basra, Iraq diperkenalkan kepada para penanam buah kurma di California pada 1913.

Sumber:http://www.mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/12/16/mstar_manusia_peristiwa/20091215182200&sec=mstar_manusia_peristiwa
Sumber foto:http://stesmaforever.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH


Tenggelamnya matahari hari ini, maka terbitlah bulan baru Muharram dan tahun baru 1431 Hijrah.Ini bermakna kita telah bertambah umur setahun lagi menurut kalendar Islam.Alhamdulillah....menurut kalendar Masihi kita masih ada berbaki lebih kurang 13hari lagi. Walau apapun,kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izinNya jua lah kita masih ada di dunia ini..maka berhijrah lah kita kepada yang lebih baik menurut syariat sebelum kita dipanggil berhijrah ke alam yang kekal abadi. Salam Maal Hijrah 1431.

ZAKAT PENDAPATAN

SOALAN:
Saya ingin penjelasan mengenai zakat penggajian. Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ia wajib dibuat.
Persoalannya kenapa cara pengiraannya hampir sama dengan sistem cukai pendapatan? Bukankah zakat mesti cukup haul dan nisab. Sedangkan gaji bulanan yang diterima akan digunakan untuk perbelanjaan harian.

MAZLAN,
Klang

JAWABAN:

Muzakarah fatwa kali ke-31 bersetuju membuat keputusan zakat ke atas pendapatan penggajian wajib bagi orang yang mengeluarkan zakat. Umat islam boleh mengeluarkan zakat dari pendapatan gaji dan jabatan hasil dalam negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah berkenaan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sudah mewartakan fatwa ini lalu ia menjadi wajib bagi negeri Selangor. Pandangan yang mengatakan wajib ini dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan apabila cukup nisab perlu dikeluarkan zakat gaji tanpa mengira haul. Pendapatan yang kena zakat ialah pendapatan bersih setahun selepas ditolak belanja keperluan asasi seperti perbelanjaan harian dan lain-lain perbelanjaan yang diharuskan oleh syarak. Zakat itu boleh ditunaikan pada akhir tahun atau dibayar secara beransur-ansur setiap bulan seperti bayaran cukai pendapatan. Jika selepas ditolak perbelanjaan yang harus gaji bersih tidak sampai nisab maka gaji tidak dikenakan zakat.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/

P: Gaji bersih dikira daripada perbelanjaan asas seperti pakaian,makanan,tempat tinggal,kenderaan,dsb.Tetapi asas itu mestilah difahami dengan sebenar-benarnya, contohnya kenderaan asas bukannya kenderaan mewah,tempat tinggal asas,bukannya tempat tinggal mewah,makanan asas bukannya makanan mewah sehingga apabila ditolak daripada pendapatan, hampir tiada yang tinggal.Kemudian kita mengatakan...kita tak mampu dan tak wajib bayar zakat sebab pendapatan bersih tak sampai nisab....WallahuA'lam.

Wednesday, December 16, 2009

BAYI DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN









A baby is being hailed a "sign of God" in Russia after passages from the Koran allegedly began appearing on his skin, reports claim.

The parents of nine-month-old Ali Yakubov claim the phenomenon began when the word Allah showed up on their son's chin when he was a few weeks old, British newspapers report.

Other words then started appearing on other parts of his body, including his arms, legs and back, before mysteriously fading away, the parents claim.

"Ali always feels bad when it is happening - he cries and his temperature goes up," his mother was quoted as saying.

"It's impossible to hold him when it's happening, his body is actively moving, so we put him into his cradle - it's so hard to watch him suffering."

The marks usually appear each week on a Monday and then again sometime between Thursday and Friday, she claims.

Medics at the family's town in Dagestan province, near Chechnya, are said to be baffled by Ali's condition.

They have reportedly dismissed speculation someone the words are caused by someone writing on his skin.

The phenomenon has reportedly made Ali the subject of religious homage by many locals in the troubled region.

One local MP even hailed Ali as "a pure sign of God".

"Allah sent him to Dagestan in order to stop revolts and tension in our republic," Akhmedpasha Amiralaev was quoted as saying.

Source:http://www.islamcan.com/miracles/quranic-verses-appear-on-miracle-baby-in-dagestan-russia.shtml

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun
Doa awal tahun

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Doanya:(terjemahan)

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Doanya(terjemahan)

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
Sumber:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Tuesday, December 15, 2009

DOSA JUAL-BELI HARI JUMAAT

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lagi kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Sumber:http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/

Monday, December 14, 2009

TAMAN DALAM AL-QURAN

Al-Qur^an menyebut berbagai ungkapan "taman" sebanyak 147 kali. Antara yang selalu dibaca ialah dalam surah Yaasin, ayat 34. Sedarkah kita, jika kita sambung dengan ayat 35 maka ia menjadi suatu projek Taman Pertanian yang besar.

وجعلنا فيها جنات من نخيل وأعناب وفجرنا فيها من العيون ـ ٣٤
ليأكلوا من ثمره وماعملته أيديهم أفلايشكرون ـ ٣٥

Terjemahan:
"Dan Kami telah jadikan padanya beberapa taman yang terdiri dari pokok kurma dan pohon anggur, dan kami telah pancarkan padanya daripada beberapa mata air. Supaya mereka semua dapat memakan buahnya dan apa jua yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Apakah mereka tidak bersyukur?" (34-35:36)
Ayat termasuk maksud:
Pokok Kurma - Semua pokok berbatang
Pohon Anggur- Semua pohon menjalar
Beberapa Mata Air- Water Features (Still & Moving)
Objektif "Taman " Ayat Di atas Termasuk Maksud Berikut:
Makan Buah- Produk Buah
Kerja Tangan- Produk Hiliran(daripada buah)

Sumber:http://abdulwahabarbain.blogspot.com/