SOALAN:
Saya ingin penjelasan mengenai zakat penggajian. Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ia wajib dibuat.
Persoalannya kenapa cara pengiraannya hampir sama dengan sistem cukai pendapatan? Bukankah zakat mesti cukup haul dan nisab. Sedangkan gaji bulanan yang diterima akan digunakan untuk perbelanjaan harian.
MAZLAN,
Klang
JAWABAN:
Muzakarah fatwa kali ke-31 bersetuju membuat keputusan zakat ke atas pendapatan penggajian wajib bagi orang yang mengeluarkan zakat. Umat islam boleh mengeluarkan zakat dari pendapatan gaji dan jabatan hasil dalam negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah berkenaan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sudah mewartakan fatwa ini lalu ia menjadi wajib bagi negeri Selangor. Pandangan yang mengatakan wajib ini dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan apabila cukup nisab perlu dikeluarkan zakat gaji tanpa mengira haul. Pendapatan yang kena zakat ialah pendapatan bersih setahun selepas ditolak belanja keperluan asasi seperti perbelanjaan harian dan lain-lain perbelanjaan yang diharuskan oleh syarak. Zakat itu boleh ditunaikan pada akhir tahun atau dibayar secara beransur-ansur setiap bulan seperti bayaran cukai pendapatan. Jika selepas ditolak perbelanjaan yang harus gaji bersih tidak sampai nisab maka gaji tidak dikenakan zakat.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/
P: Gaji bersih dikira daripada perbelanjaan asas seperti pakaian,makanan,tempat tinggal,kenderaan,dsb.Tetapi asas itu mestilah difahami dengan sebenar-benarnya, contohnya kenderaan asas bukannya kenderaan mewah,tempat tinggal asas,bukannya tempat tinggal mewah,makanan asas bukannya makanan mewah sehingga apabila ditolak daripada pendapatan, hampir tiada yang tinggal.Kemudian kita mengatakan...kita tak mampu dan tak wajib bayar zakat sebab pendapatan bersih tak sampai nisab....WallahuA'lam.
No comments:
Post a Comment