Friday, December 18, 2009

KEISTIMEWAAN BUAH KURMA




Ada diantara kita yang suka makan kurma,samada makan begitu sahaja ataupun dibuat jus kurma.Makan kurma kerana mengikut sunnah dan terdapat banyak khasiat. Disini saya sertakan petikan dari mstar:
JIKA mempunyai pilihan antara air, buah anggur dan buah kurma untuk berbuka puasa, umat Islam disunatkan makan buah kurma terlebih dahulu.
Itu adalah mengikut Sunah Islam.
Ini kerana buah kurma dapat memberikan tenaga segera sekali gus mereka dapat melakukan beribadat dengan lebih bertenaga.
Buah kurma adalah buah yang cukup istimewa. Walaupun saiznya kecil, ia menyimpan banyak zat dan khasiat.
Antaranya, karbohidrat, protein, gula, serat, vitamin A dan C, asid folik, asid amino, riboflavin dan air.
Ia juga kaya dengan zat mineral dan galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Orang ramai juga menggemarinya kerana ia manis. Ia boleh dimakan dalam bentuk mentah atau dimasak.
Buah kurma dipercayai berasal dari kawasan di sekitar Teluk Farsi. Pada zaman lampau, kurma banyak ditemui antara sungai-sungai Nil dan Euphrates.
Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang ditanam di seluruh dunia. Misalnya, Zahdi; Sayer; Halawi; Khadrawi; Khastawi, Brem, dan Chipchap.
Buah kurma tersebut telah menjalani "migrasi". Sebagai contoh, buah kurma Barhi dari Basra, Iraq diperkenalkan kepada para penanam buah kurma di California pada 1913.

Sumber:http://www.mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/12/16/mstar_manusia_peristiwa/20091215182200&sec=mstar_manusia_peristiwa
Sumber foto:http://stesmaforever.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

No comments:

Post a Comment