Sup Gear Box @ Sup Tulang merupakan makanan kegemaran keluarga saya. Walaupun kurang baik dari segi kesihatan, tetapi tak dapat ditahan kalau berada di depan mata. Betul tak? Saya rasa pembaca pun macam tu gak...
Macam mana boleh dapat nama gear box? Agaknya sebab tulang kaki daripada lutut ke tapak kaki semuanya sapu habis, dengan lutut yang macam gear kot...? Tapak kaki pun masuk sekali...Ada yang tak berani makan sebab geli, tapi...kalau orang kampung macam saya, makanan ni adalah makanan biasa. Biasanya disediakan semasa kenduri kahwin yang menumbangkan lembu...Tulangnya dibuat sup, dagingnya dimasak kari atau masak kicap atau rendang, ikut resepi tuan rumah..
Sup dimakan sebelum makan tengahari, kira-kira pukul sepuluh pagi. Dimakan bersama nasi putih atau bihun yang dicelur.Mmmmmm....yummm...
Semasa Hariraya Qurban baru-baru ini, saya telah diberi dua batang kaki lembu. Setelah diproses, saya pun masak sup kegemaran keluarga. Masak sup cara biasa memakan masa agak lama kira-kira 3-4 jam. Jika gunakan "pressure cooker", boleh masak dalam setengah jam sahaja selepas "tombol"nya naik. Kalau nak cuba, bolehlah ikut resepi dibawah...
Bahan-bahannya:
Bahan A:
2 batang kaki lembu (dipotong pendek)
1/2 kilo daging (dipotong sedehana)
Air secukupnya sehingga melitupi tulang dan daging (dalam periuk)
Bahan B:
Bahan B:
5 biji bawang besar (dipotong)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 sb serbuk rempah sup
1 sb serbuk ketumbar
2 sb jintan (campuran jintan manis dan putih)
1 sup bunjut
2 kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Hiasan:
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap:
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
2 biji limau nipis(diperah airnya)
Kicap manis secukupnya
(Tumbuk bawang putih dan cili padi, campur kicap manis dan perahan limau nipis).
*Tips: Untuk bahan rencah sup, seeloknya gunakan ketumbar biji, jintan manis dan putih biji, digoreng tanpa minyak dan dikisar.
*Tips: Untuk bahan rencah sup, seeloknya gunakan ketumbar biji, jintan manis dan putih biji, digoreng tanpa minyak dan dikisar.
Cara membuatnya:
1. Bersihkan tulang dan daging yang telah dipotong. Basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Pada masa yang sama, masak air dalam periuk yang agak besar dan dalam sedikit.
3. Bila air mula mendidih, masukkan tulang terlebih dahulu. Daging dimasukkan selepas kira-kira satu jam memasak.
4. Masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih.
5. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Kemudian masukkan dalam periuk.
6. Masukkan serbuk sup, ketumbar, jintan manis dan putih, serta 4 serangkai(kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
7. Setelah kira-kira sejam atau lebih, baru masukkan daging.
8. Setelah kira-kira 3 jam atau lebih, masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
9. Sup masak sekiranya kelihatan daging agak mula lekang dari tulang.
10. Sedia untuk dihidangkan dan dihias daun sup dan bawang serta dimakan bersama sambal kicap.
11. Selamat mencuba.
**Tips: Bahan bertanda * tidak ditumis kerana sup tulang mempunyai minyak yang agak banyak...
No comments:
Post a Comment