Pagi tadi semua pelajar yang menduduki peperiksaan kelihatan berdebar-debar. nampak sedikit cemas, tugas kami menenangkan mereka, memberi kata-kata semangat serta mendoakan mereka dari jauh. Mereka sahaja yang dapat menulis atau menjawab dengan baik atau sebaliknya, berbekalkan semua ilmu yang telah dipelajari selama ini.
Sesi bermula dengan kata-kata semangat dari pendidik, seterusnya sekalung doa dibacakan oleh Ustaz Mohd Fauzi dan Tuan Hj Azman selaku pembuka hari di dua pusat peperiksaan. Doa untuk mereka agar sentiasa tenang dan dapat menjawab dengan baik.
Begitulah manusia, dengan ujian yang sedikit, cemas dan tak tentu hala, tetapi kehidupan yang abadi di sana...bagaimana bekalannya....?Semestinya memerlukan persiapan yang lebih lagi..
Walau apa pun, semoga semuanya dapat meraih kejayaan yang gemilang untuk diri, keluarga, sekolah, agama, bangsa dan negara. Selamat Menduduki SPM tahun 2011.....
No comments:
Post a Comment