Tuesday, December 22, 2009

ZALIM...ZALIM....



Kerana terlalu taksub kepada bomoh, ada yang percaya bahawa apa sahaja yang mereka rawat,semuanya benar belaka,walaupun melakukan pelbagai bentuk penderaan yang jika dilihat pada mata kasarnya cukup meruntun hati. Baca petikan di bawah:

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.” - Agensi

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Global/20091222085232/Article/index_html

No comments:

Post a Comment