Wednesday, November 25, 2009

ZIARAH DARI PELAJAR

Bekas pelajar dan guru idola

Wan Mohd Afiq bersama Puan Siti Arfah


Sebelum sekolah bercuti, seorang anak didik kami batch 2004-2005 telah datang berziarah dan berjumpa pengetua, sementara beliau datang mengambil keputusan UPSR di sekolah berdekatan. Begitulah ingatan seorang pelajar terhadap guru-guru. Beliau ialah Sub-Leftenan Madya Wan Mohd Afiq b. Wan Mohd Sallehuddin, yang berasal dari Manjung juga..

Sumber:http://stesmaforever.blogspot.com/

Monday, November 23, 2009

LAUTAN MANUSIA DI MAKKAH

Suasana terkini di Masjidil Haram....
Ramainya manusia...SubhanAllah..
Melimpah-ruah....


Inilah suasana terkini di MasjidilHaram...berjuta manusia berkumpul di tanah suci Makkah untuk melaksanakan rukun Islam kelima.Mereka datang ke sini meninggalkan keselesaan dan mengorbankan masa,harta dan jiwaraga memohon keredhaan Allah semata-mata.Alangkah...alangkah manisnya pengorbanan itu jika disertai keikhlasan semata-mata keranamu Ya Allah...

Sumber: http://manzlie-makkah.blogspot.com/

Sunday, November 22, 2009

BULAN ZULHIJJAH DAN KELEBIHANNYA

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب


Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم


Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها


Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :


فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Telah banyak ulasan berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab manakala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.


Sumber:http://www.zaharuddin.net/content/view/219/72/

MAJLIS PERKAHWINAN MAZLINA AZLIN

Siti Kamariah turut meraikan Alin...

Kamariah dan Nurin meraikan kedua mempelai...


Tersenyum gembira kedua mempelai...


Menanti saat ketibaan juruheboh...


Menyarungkan keris di pinggang...

Sama cantik, sama padan...bagai pinang dibelah dua..

Mazlina Azlin dan Mohd Shuhaimi


Mohd Shuhaimi

Mazlina Azlin Mokhlas


Sejurus bermulanya cuti sekolah, rakan kami Mazlina Azlin dan pasangannya Mohd Shuhaimi telahpun selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam, Selangor.Semoga dirahmati Allah dan kekal bahagialah sehingga ke syurga Firdaus..InsyaAllah.



































Saturday, November 21, 2009

SOLAT JUMAAT TERAKHIR SEBELUM WUKUF

Solat Jumaat di jalanraya..
Jemaah sedang solat Jumaat-penuh sesak
dan melimpah keluar dari MasjidilHaram

Pandangan dari atas Hotel Al-Safwah

Nampak sedikit kosong di bumbung Masjidil Haram -Jemaah
memilih kawasan yang kurang panas

Berjuta jemaah haji sedang melakukan solat Jumaat
terakhir sebelum hari Wukuf minggu hadapan.


Saya sangat teruja melihat entries dalam blog PDKM(Pengalaman di Kota Mekah), melihat limpahan jemaah dari seluruh dunia datang ke Makkah semata-mata menyahut seruan Illahi, mencari redha Allah untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima. Bermula dari bulan Syawal dahulu, sedikit demi sedikit jemaah datang dari pelusuk dunia, hinggalah hampir ke waktu kemuncak haji iaitu hari Wukuf minggu hadapan. Semoga semua jemaah mendapat haji yang mabrur...

Friday, November 20, 2009

PEPERIKSAAN SPM

Memohon restu bagi kesekian kalinya....
Memeriksa suhu secara "rawak", guru pun join sekali...


Menanti kertas seterussnya...

Pertanyaan dan tips terakhir untuk anak-anak didik...

Riang dalam debaran...

Berdebar sambil menanti waktu dibenarkan masuk..

Pandangan dari luar dewan
Pandangan dari tepi dewan peperiksaan....
Hari ini merupakan hari ketiga peperiksaan SPM, mereka telahpun menduduki peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan EST..Semoga mereka dapat menjawab dengan tenang.Walaupun mereka amat gembira semalam sebab apa yang mereka selalu bincangkan dengan guru semuanya masuk, tapi....qadha' dan qadar mengatasi segalanya.Berdoalah...

Thursday, November 19, 2009

NUR AISYAH NAJLA

Sedang berposing maut...

Tak kisah kiri kanan...

Ingin explore apa yang orang lain buat....

Camera....action...

Hissyy...susah betul nak lekat menda ni...
Petang semalam, Baz telah membawa buah hati beliau ke sekolah kerana penjaganya dah demam. Jadi, datang petang dia bawa sekali si kenit buah hatinya. Kami bergilir-gilir mencium dan mendokong si kecil ini walaupun kena tepis banyak kali. Hmmm..itulah bau syurga yang sedikit tertinggal..kata orang!

Tuesday, November 17, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM

Pandangan dari atas dewan peperiksaan

Pandangan dari belakang dewan peperiksaan utama

pandangan sudut kiri
Esok merupakan hari yang amat bersejarah bagi calon-calon SPM 2009 kerana mereka akan menduduki peperiksaan yang ditunggu-tunggu sekian lama. Mereka yang telah berpenat lelah akan diuji pada 18 November 2009, bermula dengan kertas Bahasa Melayu. Semoga anak-anak didikku yang dikasihi akan dapat menjawab peperiksaan dengan dada yang lapang, fikiran yang tenang dan akhirnya akan membahagiakan diri, ibubapa yang tersayang serta mengharumkan nama sekolah. Selamat menghadapi peperiksaan, berdoa dan bertawakkal lah setelah berusaha. InsyaAllah akan berjaya....



NASI LEMUNI DAN KERABU

Memetik daun bebuas untuk dibuat kerabu..

Daun pegaga....

Daun bebuas....tapi jangan takut,,,tak buas...

Memotong ulaman untuk dibuat kerabu...

Bahan-bahan yang sudah siap dipotong....

Sedia untuk digaul....

Nasi lemuni berlaukkan telur dadar, ikan masin, sambal ikan masin dan kerabu... yummm....


Taman Herba sekolah telah banyak berbakti kepada kami. Ramai juga yang mengambil ulaman dan herba dari sini untuk dibuat ubat atau sebagai hidangan. Saya dan kawan ni pun tak ketinggalan. Projek kami ialah makan nasi lemuni dan kerabu herba. Nasinya Kak Asiah yang siapkan, saya cuma sediakan kerabunya...Nak resepi kerabu....?
Bahan-bahannya:
Bahan ulam*
Daun kaduk
Daun mengkudu
Daun bebuas
Kacang panjang
Pegaga
Bunga kantan
Taugeh
Bahan untuk ditumbuk
Serai (5 batang-sederhana)
Bawang besar( 1 biji)
Bawang putih (3 ulas)
Ikan bilis (200 g)-goreng dan tumbuk
Sedikit ubi cekur
4-5 helai daun limau purut
8 biji cili api (ikut suka pedasnya)
serbuk perasa (jika suka)
Kelapa parut(sebiji)
Limau nipis (secukupnya)
Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulaman kecuali taugeh.
2. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa. Gorengkan tanpa minyak semua bahan tumbuk tadi termasuk kelapa dan perisakan garam dan gulanya. Gorengkan jangan sampai perang, cuma kering dan wangi sahaja.
4.Bila dah sejuk,gaulkan gorengan dan ulaman yang telah dihiris tadi dan perahkan asam limau secukupnya.
5. Kerabu ini tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk, jangan la berbulan.., maksudnya buat tengahari masih boleh makan waktu malam....
* Boleh gunakan ulaman yang anda suka...

Sunday, November 15, 2009

ANNUAL LUNCH

Menerima buahtangan dari bos...

Pemandangan dari tepi kolam renang melangut ke atas....

Sea view dari Orient Star Lumut.

Kenangan di hadapan Orient Star, Lumut.
Kami sekeluarga besar sekolah bersama-sama meraikan diri (siapa lagi nak raikan...)di Orient Star, Lumut untuk annual lunch. Di sini kami menjamu selera dan menghargai antara satu sama lain. Pihak pengurusan telah menyediakan buahtangan untuk setiap orang bagi dibawa pulang...



Saturday, November 14, 2009

PUDING MARBLE


Kalau sesiapa yang nak mencuba bolehlah ikut resepi di bawah:
Bahan A:
1 peket serbuk jelly (10g)
3 1/4 cwn air
1 cwn gula pasir
1 sb butter @ majerin

Bahan B:
4
biji telur
1 sb tepung kastad
1 cwn susu cair
2 sb susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Bahan C:
1 sb coklat emulco (atau boleh juga koko powder)

Cara membuatnya:
1. Masak bahan A sehingga mendidih (sambil kacau).Dah mendidih masukkan butter.
2. Sementara tu, siapkan bahan B.
3. Blend semua bahan B. Kalau A dah mendidih, masukkan B, kacau guna "whisk" supaya tidak bergentel nanti. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.
4. Bahagikan adunan kepada dua. Satu biarkan warna asal(kalau nak kuning lagi,boleh letak pewarna kuning).Yang satu lagi letakkan cocoa emulco. Kacau rata.
5. Ambil bekas yang bulat atau 4 segi, masukkan satu senduk warna coklat, masukkan atasnya warna kuning pula silih berganti...sehingga habis.
6. Gariskan atasnya menggunakan lidi sate untuk membentuk sarang labah-labah. Siap dan masukkan dalam fridge...










Friday, November 13, 2009

ANALISA PEPERIKSAAN



Saya sedang menganalisa keputusan peperiksaan keseluruhan untuk dibuat laporan. Begitulah rutinnya setiap lepas peperiksaan, mana yang nak kena ambil tindakan dan yang mana yang perlu diperbaiki, supaya anak-anak kita nanti dapat keputusan yang membanggakan ibubapa dan guru-guru mereka, selain dari diri mereka sendiri...