Tuesday, November 17, 2009

NASI LEMUNI DAN KERABU

Memetik daun bebuas untuk dibuat kerabu..

Daun pegaga....

Daun bebuas....tapi jangan takut,,,tak buas...

Memotong ulaman untuk dibuat kerabu...

Bahan-bahan yang sudah siap dipotong....

Sedia untuk digaul....

Nasi lemuni berlaukkan telur dadar, ikan masin, sambal ikan masin dan kerabu... yummm....


Taman Herba sekolah telah banyak berbakti kepada kami. Ramai juga yang mengambil ulaman dan herba dari sini untuk dibuat ubat atau sebagai hidangan. Saya dan kawan ni pun tak ketinggalan. Projek kami ialah makan nasi lemuni dan kerabu herba. Nasinya Kak Asiah yang siapkan, saya cuma sediakan kerabunya...Nak resepi kerabu....?
Bahan-bahannya:
Bahan ulam*
Daun kaduk
Daun mengkudu
Daun bebuas
Kacang panjang
Pegaga
Bunga kantan
Taugeh
Bahan untuk ditumbuk
Serai (5 batang-sederhana)
Bawang besar( 1 biji)
Bawang putih (3 ulas)
Ikan bilis (200 g)-goreng dan tumbuk
Sedikit ubi cekur
4-5 helai daun limau purut
8 biji cili api (ikut suka pedasnya)
serbuk perasa (jika suka)
Kelapa parut(sebiji)
Limau nipis (secukupnya)
Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulaman kecuali taugeh.
2. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa. Gorengkan tanpa minyak semua bahan tumbuk tadi termasuk kelapa dan perisakan garam dan gulanya. Gorengkan jangan sampai perang, cuma kering dan wangi sahaja.
4.Bila dah sejuk,gaulkan gorengan dan ulaman yang telah dihiris tadi dan perahkan asam limau secukupnya.
5. Kerabu ini tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk, jangan la berbulan.., maksudnya buat tengahari masih boleh makan waktu malam....
* Boleh gunakan ulaman yang anda suka...

No comments:

Post a Comment