Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bersantai dan mandi-manda bukan di laut, Marina Water Park adalah tempat yang paling sesuai. walaupun tidak sebesar Bukit Merah Theme Park, ianya sangat sesuai untuk anak-anak kecil berusia 13 tahun kebawah. Bapa dan Mak anak-anak pun boleh join sekali...
Kalau anda ingin menginap, bolehlah terus ke Marina Cove, water park ini adalah di bawah pengurusan yang sama. Kalau tidak menginap di sini pun tidak mengapa, anda ada banyak pilihan tempat di sini. Boleh terus ke Teluk Batik, di sana ada Virgo Batik Resort, Teluk Batik Resort, motel pun ada. Kalau rajin, boleh cari homestay juga...
No comments:
Post a Comment