Friday, December 9, 2011

PANTAI TELUK BATIK (2)

Terdapat kemudahan seperti tandas awam dan tempat meletak kereta di Teluk Batik. Selain daripada itu ada juga gerai makan dan gerai cenderamata untuk buahtangan semasa ingin pulang. Pada hari minggu, terdapat lebih banyak gerai cenderamata di situ. Berdekatan dengan pantai juga ada motel yang menawarkan harga berpatutan. Mungkin sangat sesuai bagi kumpulan besar seperti pelajar dan keluarga yang ramai.








PANTAI TELUK BATIK



Selepas bermain air di Marina Water Park, bolehlah bermandi-manda di pantai Teluk Batik di sebelah petangnya. Pantai Teluk Batik hanya lebihkurang 1 kilometer dari Marina Cove dan Marina Water Park. Selepas menuruni bukit, anda belok ke kanan untuk ke pantai Teluk Batik.

Setiap hari cuti umum dan cuti persekolahan, tempat meletak keretanya berbayar. Kalau dulu, percuma sahaja...mungkin sudah banyak kemudahan disediakan, jadi kos penyelenggaraan pun bertambah. Tak mengapalah, asalkan tempat meletak kereta banyak, dan tandas diselenggara...

Saksikan gambar-gambar yang saya ambil, cantik pemandangan pantainya bukan..?







Thursday, December 8, 2011

MARINA COVE DAN MARINA WATER PARK

Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bersantai dan mandi-manda bukan di laut, Marina Water Park adalah tempat yang paling sesuai. walaupun tidak sebesar Bukit Merah Theme Park, ianya sangat sesuai untuk anak-anak kecil berusia 13 tahun kebawah. Bapa dan Mak anak-anak pun boleh join sekali...

Kalau anda ingin menginap, bolehlah terus ke Marina Cove, water park ini adalah di bawah pengurusan yang sama. Kalau tidak menginap di sini pun tidak mengapa, anda ada banyak pilihan tempat di sini. Boleh terus ke Teluk Batik, di sana ada Virgo Batik Resort, Teluk Batik Resort, motel pun ada. Kalau rajin, boleh cari homestay juga...















LUMUT LAGI DAN LAGI...

Sekiranya anda berada di Lumut, anda akan sentiasa dapat melihat kapal berlabuh sama ada di perairan Lumut atau di kejauhan sana iaitu Pelabuhan Lumut.Sekiranya anda melalui Jambatan Bainun ke arah utara iaitu ke Taiping, di jambatan itu anda akan melihat kapal-kapal berlabuh di pelabuhan. Dan anda sebenarnya melihat Bandar Lumut dari jauh.

Saksikan lagi sambungan gambar yang saya ambil semalam...














LUMUT LAGI...

Saya dan Li Na berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar sekitar Water Front dan Arina Wing setelah menyelesaikan beberapa urusan di sekolah pagi semalam. Di Lumut sahaja, ada beberapa tempat yang boleh dijadikan tempat berkelah untuk ibubapa membawa anak-anak bersantai. Kalau yang minat memancing, boleh bawa peralatan memancing dan bersantai di tepi atau muara Sungai Dinding yang menghadap ke laut. Pada waktu petang, biasanya ramai yang membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan atau mengambil angin sambil menenangkan fikiran di tepi laut.

Saksikan gambar yang saya ambil tengahari semalam....