Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARIRAYA QURBAN


Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Hari ini adalah antara hari-hari yang mulia yang Allah kurniakan kepada kita. 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah adalah hari-hari yang disunatkan berpuasa. Pada hari ini kita diharamkan berpuasa, tetapi disuruh untuk melakukan ibadat Qurban yang pahalanya amat banyak. Kalau ada kemampuan, amatlah digalakkan untuk berkorban. Rebutlah ganjaran yang maha hebat ini sementara umur masih ada.

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. Jadikanlah Raya Qurban tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Mohonlah supaya kita diberi peluang lagi untuk menyambutnya pada tahun hadapan. Jika tidak melakukan korban pada hari ini, ada tiga hari lagi yang Allah berikan peluang iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Salam Aidil Adha dan Selamat melakukan ibadat Qurban...

No comments:

Post a Comment