Monday, October 24, 2011

KEM KECEMERLANGAN DI VBR





Group photo

    Bersama Team Aerobic Kak Roy, Kak Hanim dan Kak Naimah..

                                    Li na is posing with the Aerobic Team before the dinner
                                         
                                                                      With the boys

                                                                      With the girls
   
                                                                      With Marini...
   
                                                                 The boys in action...
                                                
                                    Menyerahkan sijil dan cenderahati untuk Motivator Sesi 1
Hujung minggu baru-baru ini merupakan minggu yang agak sibuk, memandangkan saya dan beberapa rakan menguruskan Kem Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang terpilih di Virgo Batik Resort, teluk Batik. Bermula pada hari Jumaat lepas, saya bersama-sama mereka untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Tetapi pada masa yang sama, saya dan Li Na dipanggil untuk menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak bagi program tahun hadapan. Kami terpaksa meninggalkan anak-anak didik ini bersama fasilitator lain bagi mengurus mereka.

Menjelang pukul 11.00 pagi, Alhamdulillah kami dapat bersama-sama mereka semula. Sehinggalah menjelang petang, mujur ada sesi santai iaitu Sesi Aerobik bersama Instruktor pro yang kami jemput khas bagi menceriakan peserta-peserta kem (dan kami...).

Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam, tamatlah program bersama mereka, saya yang paling akhir pulang bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, semua peserta puas hati dan gembira, yang penting segala yang mereka dapat dari program tersebut akan dimanfaatkan serta menyuntik semangat sentiasa ingin cemerlang lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan yang akan tiba tak berapa hari lagi....

No comments:

Post a Comment