Monday, August 10, 2009

Kerinduan Ramadhan

Setelah hampir setahun kita tinggalkan Ramadhan, akhirnya lebih kurang sepuluh hari lagi, kita akan sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa sekali lagi. InsyaAllah kita pohon Tuhan mengizinkan kita sekali lagi dapat meng'imarahkan Ramadhan dan seterusnya merayakan AidilFitri yang mulia. Bukan semua orang dapat bertemu Ramadhan sekali lagi, ada yang telah dijemput oleh Allah tanpa dapat bertemu sekali lagi bulan Ramadhan...
Saudara kita Allahyarham Yasmin Ahmad, telah dijemput kehadrat Illahi. Terasa baru semalam kita melihat karya-karya beliau, terutamanya iklan-iklan semasa kita menyambut hari Lebaran. Tetapi, Allah lebih Mengetahui mengapa beliau dipanggil seawal usia 51 tahun. Begitu juga Allahyarham Michael Jackson dijemput seawal usia setengah abad....
Justeru, penuhilah ruang-ruang usia kita yang tersisa dengan pengabdian kepada Allah Yang Esa.....

No comments:

Post a Comment