Monday, April 27, 2009

Terkenang Semasa Dulu

Bangunan yang dulunya surau UiTM iaitu P10 dan P11

Dulu tempat siswa- siswi beratur ambil makanan - Dewan Makan

Bangunan Ibupejabat Polis Daerah Manjung


Ruang legar Majlis Perbandaran Manjung

Pintu utama MPM

Padang UiTM, sekarang merupakan padang petanque dan taman rekreasi kanak-kanak


Kepada pembaca blog yang telah lama meninggalkan daerah Manjung, tentu teringat-ingat masa bekerja atau belajar di Manjung (baca: Seri Manjung). Maklumlah, tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat bermain, belajar atau tempat bertemu jodoh?
Saya akan paparkan tempat-tempat yang telah berubah sekitar tahun 2000-2009. Kalau tersilap atau terlepas pandang, minta maaf banyak-banyak. Saya membayangkan Manjung sekitar tahun 1985 dan 1986 sewaktu saya dan kawan-kawan (1st and 2nd batch ITM Manjung- sekarang UiTM). Agak lama juga, kalau terlupa memang patut, sebab memori sekitar 22 atau 23 tahun yang lalu.
Siang tadi saya dan suami dalam perjalanan untuk membeli sedikit keperluan dapur di sebuah hypermarket di Manjung. Saya minta beliau berhenti sebentar untuk saya 'snap' beberapa gambar. Pertamanya gambar padang di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Dulunya dikenali sebagai Padang UiTM. Di sinilah tempat riadhah siswa dan siswi ketika itu. Masa dulu maklum sahajalah, mana ada CC atau pusat bowling ke atau karaoke...Tetapi aktivitinya memang semua amat menyihatkan.
Di sebelah hadapan seterusnya merupakan Ibupejabat Polis Daerah Manjung yang baru dirasmikan pada tahun 2008. Dulunya merupakan hutan pokok-pokok besar di tepi jalan menuju ke Lumut. Jika anda terus belok ke kiri, ianya sebaris dengan IKM (sudah wujud sewaktu tahun1985). Di sana sekarang terdapat pejabat-pejabat kerajaan yang lain seperti JPJ,bomba, KEMAS, mahkamah dan pejabat TNB.













No comments:

Post a Comment