Salam semua..
Amat bersyukur dapat menjengah kembali ke sini..
Melalui pelbagai cabaran 2012 dan seterusnya 2013 yang hampir sampai ke penghujung..
Syukur....
KHABAR DARI MANJUNG
Friday, November 22, 2013
Sunday, January 1, 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Begitu cepat masa beredar, sekali lagi Allah panjangkan umur kita untuk menjejak tahun baru 2012. Betapa ramai yang tidak berpeluang menyambut tahun, seawal tahun baru telah pergi menyahut seruan Illahi. Bacalah akhbar, sekumpulan anak muda telah dipanggil menemui Allah dalam kemalangan ngeri...Ya Allah, jika sekiranya masa sudah sampai untuk kami, panggillah kami dalam keadaan yang paling mulia, beribadah dan berzikir mengingati Mu...Husnul Khatimah.
Ya Allah...Kau beri kami restu menjejaki tahun baru
Berilah kami kekuatan menempuhinya
berilah kami hidayah Mu
kekuatan untuk terus beribadah kepada Mu
Ya Allah Ya Rabbi
Berilah kami petunjuk Mu
mengikut segala suruhan melalui Rasul kekasih Mu
Ya Allah Tuhan Semesta Alam
Kau berilah kami ketenangan menghadapi segala dugaan Mu
Berilah kami petunjuk jalan yang lurus
mudahkanlah segala urusan kami
agar kami sentiasa mensyukuri nikmat Mu
Ya Allah...Kau beri kami restu menjejaki tahun baru
Berilah kami kekuatan menempuhinya
berilah kami hidayah Mu
kekuatan untuk terus beribadah kepada Mu
Ya Allah Ya Rabbi
Berilah kami petunjuk Mu
mengikut segala suruhan melalui Rasul kekasih Mu
Ya Allah Tuhan Semesta Alam
Kau berilah kami ketenangan menghadapi segala dugaan Mu
Berilah kami petunjuk jalan yang lurus
mudahkanlah segala urusan kami
agar kami sentiasa mensyukuri nikmat Mu
Friday, December 9, 2011
PANTAI TELUK BATIK (2)
Terdapat kemudahan seperti tandas awam dan tempat meletak kereta di Teluk Batik. Selain daripada itu ada juga gerai makan dan gerai cenderamata untuk buahtangan semasa ingin pulang. Pada hari minggu, terdapat lebih banyak gerai cenderamata di situ. Berdekatan dengan pantai juga ada motel yang menawarkan harga berpatutan. Mungkin sangat sesuai bagi kumpulan besar seperti pelajar dan keluarga yang ramai.
PANTAI TELUK BATIK
Setiap hari cuti umum dan cuti persekolahan, tempat meletak keretanya berbayar. Kalau dulu, percuma sahaja...mungkin sudah banyak kemudahan disediakan, jadi kos penyelenggaraan pun bertambah. Tak mengapalah, asalkan tempat meletak kereta banyak, dan tandas diselenggara...
Saksikan gambar-gambar yang saya ambil, cantik pemandangan pantainya bukan..?
Thursday, December 8, 2011
MARINA COVE DAN MARINA WATER PARK
Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bersantai dan mandi-manda bukan di laut, Marina Water Park adalah tempat yang paling sesuai. walaupun tidak sebesar Bukit Merah Theme Park, ianya sangat sesuai untuk anak-anak kecil berusia 13 tahun kebawah. Bapa dan Mak anak-anak pun boleh join sekali...
Kalau anda ingin menginap, bolehlah terus ke Marina Cove, water park ini adalah di bawah pengurusan yang sama. Kalau tidak menginap di sini pun tidak mengapa, anda ada banyak pilihan tempat di sini. Boleh terus ke Teluk Batik, di sana ada Virgo Batik Resort, Teluk Batik Resort, motel pun ada. Kalau rajin, boleh cari homestay juga...
LUMUT LAGI DAN LAGI...
Sekiranya anda berada di Lumut, anda akan sentiasa dapat melihat kapal berlabuh sama ada di perairan Lumut atau di kejauhan sana iaitu Pelabuhan Lumut.Sekiranya anda melalui Jambatan Bainun ke arah utara iaitu ke Taiping, di jambatan itu anda akan melihat kapal-kapal berlabuh di pelabuhan. Dan anda sebenarnya melihat Bandar Lumut dari jauh.
Saksikan lagi sambungan gambar yang saya ambil semalam...
Saksikan lagi sambungan gambar yang saya ambil semalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)