Thursday, November 12, 2009

LUMUT WATERFRONT

Kawasan rekreasi untuk pengunjung di Lumut Water Front

Ada siput, ikan , ketam.....tapak sulaiman..

Sauh pun ada..

Hati-hati, takut terlanggar todak..

Ke sudut muara sungai, ada Marina Wing.

Ini apa ye?....

Kapal-kapal kecil di kejauhan...
Dolphin terdampar...

Kincir angin...

Tah....

Kawasan permainan kanak-kanak...
Inilah dia sebahagian dari pemandangan tepi jeti bandar Lumut. Kepada sesiapa yang lama tidak datang ke Lumut tentunya ada kelainan kan? Masa kita belajar dulu tu, jetinya je yang wujud.
Itupun masa kami nak turun, kena angkat kain sikit sebab takut terpijak...pas tu barulah melompat ke bot. Tapi itu zaman dululah...

Saturday, November 7, 2009

SERI MANJUNG

Bangunan Mahkamah Syariah Manjung
Majlis Perbandaran Manjung

Seri Manjung sebuah bandar terancang yang semakin hari semakin ramai datang berhijrah ke sini. Bangunan-bangunan kerajaan dan institusi-institusi yang dibina di kawasan ini menjadikannya antara kawasan yang paling cepat membangun. Dibandingkan zaman belajar dahulu, manalah ada bangunan sangat, paling tidak pun Emporium Dinding (mungkin ada yang tak tahu istilah emporium).Hee,he,he kena tengok kamus..
Bangunan Mahkamah dan Majlis tu hampir antara satu sama lain, cuma bertentangan, dipisahkan di sebelah mahkamah dengan Masjid Seri Manjung(masih dalam pengubahsuaian).




SOTO

Sedang menceduk kuah...yummm...yummmm

Saf mangkuk menunggu giliran untuk dijamah..

Selesai urusan kerja pagi tadi, kami dijamu makan ringan iaitu Soto di kantin. Di sini boleh dikatakan sotonya ada kelas dibandingkan dengan di tempat lain. Memang rasa rempahnya cukup, dan ada pegedil lagi...Pernah makan yang diluar, tapi yang tu setakat B sahaja markahnya. Nanti kena tanya resepi kat tokeh tu, kalau dia bagi lah, kadang-kadang orang tak bagi takut saya buka kedai kat sebelah dia pulak...



TEMPAT KERJA

Di sinilah tempat saya menjalankan tugas-tugas seharian selain dari berjumpa dengan anak-anak didik di kelas. Walaupun tak canggih mana, yang pentingnya adalah komitmen sebagai pendidik, tidak bosan mencurahkan ilmu dan mendidik anak bangsa. Guru-guru kita dahulu bertungkus lumus untuk menjadikan kita manusia hari ini. Sekarang giliran kita pula menjalankan amanah ini, menjadikan manusia hari esok..



Friday, November 6, 2009

RUMAH WAWASAN SITIAWAN


Bergambar bersama penjaga (kiri sekali), Lei Feng, Harrison Joe, saya dan
Lina (kanan) sekali.
Selepas menjalakan tugas hari ini, saya dan Lina Cheah membuat lawatan amal ke Rumah Wawasan Sitiawan. Rumah tersebut menempatkan anak-anak yatim dan anak anak yang tiada penjaga. Ianya diurus oleh insan mulia suami-isteri berbangsa India. Di sini mereka menjaga dan mendidik anak-anak ini sehinggalah mereka diambil semula oleh waris mereka atau mereka boleh berdikari. Ceria nampaknya mereka melihat kedatangan kami, terutamanya Lina yang kerap berkunjung ke sini.

Wednesday, November 4, 2009

MEE BANDUNG MUAR di Manjung

Keluar dari kedai Mee Bandung Ayah - bersebelahan dengan "Car Wash"

Pemandangan hadapan kedai Mee Bandung Ayah (Johore Recipe)

Mee Bandung Muar dan Air Carrot Susu

Mee Bandung Muar dan Air Apple Asam Boi

Mee Bandung Muar

Mee Bandung sudah berhijrah kali kedua, dari Bandung ke Muar kemudian ke Manjung. Walau apapun rasanya boleh tahan, memang tak kalah dari yang saya rasa di Muar dahulu. Masih lagi A walaupun belum A+, tahniah dan sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah datang ke Manjung. Tempatnya di kawasan "Benteng" yang kemudiannya ditukar ke Pasar Malam. Semenjak lima tahun kebelakangan, tempat ini didirikan bangunan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan dari makanan hinggalah ke kedai perabot serta aksesori kereta.

Tuesday, November 3, 2009

MEE BANJIR UDANG



Yummy...banjir udangnya....

Dalam perjalanan pulang dari menjalankan tugas di Taiping, saya dan kawan saya berkesempatan menjamah Mee Banjir Udang, tetapi bukan di Kuala Sepetang yang popular tu, tempat tu berhampiran dengan plaza tol Simpang. Harga yang di atas tu ialah RM12, tetapi masih ada pilihan kalau nak kan yang udang peliharaan, RM8 sahaja. Yang gambar di atas ialah udang laut, manis rasanya. Boleh bagi A- , mungkin ada lagi yang lebih sedap, tapi saya masih belum jumpa lagi. Mana tahu, suatu hari nanti, kalau ada rezeki..