Friday, November 6, 2009

RUMAH WAWASAN SITIAWAN


Bergambar bersama penjaga (kiri sekali), Lei Feng, Harrison Joe, saya dan
Lina (kanan) sekali.
Selepas menjalakan tugas hari ini, saya dan Lina Cheah membuat lawatan amal ke Rumah Wawasan Sitiawan. Rumah tersebut menempatkan anak-anak yatim dan anak anak yang tiada penjaga. Ianya diurus oleh insan mulia suami-isteri berbangsa India. Di sini mereka menjaga dan mendidik anak-anak ini sehinggalah mereka diambil semula oleh waris mereka atau mereka boleh berdikari. Ceria nampaknya mereka melihat kedatangan kami, terutamanya Lina yang kerap berkunjung ke sini.

Wednesday, November 4, 2009

MEE BANDUNG MUAR di Manjung

Keluar dari kedai Mee Bandung Ayah - bersebelahan dengan "Car Wash"

Pemandangan hadapan kedai Mee Bandung Ayah (Johore Recipe)

Mee Bandung Muar dan Air Carrot Susu

Mee Bandung Muar dan Air Apple Asam Boi

Mee Bandung Muar

Mee Bandung sudah berhijrah kali kedua, dari Bandung ke Muar kemudian ke Manjung. Walau apapun rasanya boleh tahan, memang tak kalah dari yang saya rasa di Muar dahulu. Masih lagi A walaupun belum A+, tahniah dan sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah datang ke Manjung. Tempatnya di kawasan "Benteng" yang kemudiannya ditukar ke Pasar Malam. Semenjak lima tahun kebelakangan, tempat ini didirikan bangunan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan dari makanan hinggalah ke kedai perabot serta aksesori kereta.

Tuesday, November 3, 2009

MEE BANJIR UDANG



Yummy...banjir udangnya....

Dalam perjalanan pulang dari menjalankan tugas di Taiping, saya dan kawan saya berkesempatan menjamah Mee Banjir Udang, tetapi bukan di Kuala Sepetang yang popular tu, tempat tu berhampiran dengan plaza tol Simpang. Harga yang di atas tu ialah RM12, tetapi masih ada pilihan kalau nak kan yang udang peliharaan, RM8 sahaja. Yang gambar di atas ialah udang laut, manis rasanya. Boleh bagi A- , mungkin ada lagi yang lebih sedap, tapi saya masih belum jumpa lagi. Mana tahu, suatu hari nanti, kalau ada rezeki..

KEMBAR TAK SEIRAS...

Qisti dan Qistina


Qisti dan Qistina- kembar tak seiras....

Melihatkan wajah comel anak Qisti @ Idzarif menyebabkan ramai orang ingin "meminjam" untuk mendukung dan memeluknya. Itulah keistimewaa kanak-kanak. Bidadari dari syurga yang dihantar ke dunia, dengan wangi asli bau kanak-kanak, walaupun tak mandi...Apatah lagi yang berbedak dan comel serta tak meragam..

TOYOTA di Manjung 3

Berseberangan dengan Bangunan Persekutuan Manjung, tersergam indah Bangunan Toyota yang dahulunya di jalan ini pelajar2 ITM menunggu bas untuk balik ke Ipoh. Kalau malas nak ke Lumut, jawabnya, menyeberang dari kawasan sebelah sana untuk menaiki bas ke Ipoh atau ke KL. Tapi, sekarang taklah boleh sebarangan menyeberang, kenderaan banyak dan tidak selamat. Lagipun, tidak ada tempat menunggu bas di kawasan ini lagi.

S.M.TEKNIK SERI MANJUNG


Di sinilah tempat saya melahirkan insan yang satu hari nanti akan menggantikan tempat kita, menjadi pemimpin yang ikhlas, tidak mementingkan diri sendiri malah sentiasa berkorban tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Di sinilah tempat saya dan anak didik mengharungi pahit manis alam pendidikan. Ramai yang ingin kembali ke sini, walaupun tidak mampu berbuat demikian, kerana mereka ada destinasi yang lebih memerlukan mereka...

Friday, October 16, 2009

Dah Nak Habis Syawal

Hampir tak terasa, Syawal sudah berada di penghujungnya. Masih terasa baru benar Ramadan berada bersama kita, tup-tup Syawal pun dah hampir menutup tirai. Umur semakin bertambah, amalan sepatutnya semakin bertambah juga. Entah bila kita akan pergi juga, menjejaki mereka yang telah selamat menemuiNya.