Wednesday, April 7, 2010

MINUM PETANG-MALAM

Sedap dimakan ketika masih panas..
mmmhh..
Menunggu untuk digoreng
Semuanya ada 19 biji...
Siap untuk dibentuk....

Kerjanya nampak mudah...lebih kurang satu jam dah siap..tapi banyak kerenahnya..ambik tu..ambik ni..cuci tu, cuci ni....mmmphh..lain kali beli saja lah...
Resepinya mudah sahaja:
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 peket mauripan
2 sb marjerin
1 sb dough softener
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
1 biji telur
Cara membuatnya:
1. Masukkan mauripan dan gula kedalam air suam. Biarkan selama 10-12 minit hingga berbuih.
2. Cairkan marjerin dan dough softener. Sejukkan.
3. Masukkan susu pekat manis, telur dan marjerin yang dah disejukkan ke dalam 1.Kacau.
4. Masukkan tepung ke dalam besen/bekas yang sesuai, masukkan bahan-bahan tadi. Gaul sebati, menggunakan senduk kayu, kerana adunannya lembut dan melekat.
5. Biarkan sehingga 30-40 minit.
6. Bentukkan doh menggunakan tepung yang banyak di tangan...
7. Siap untuk digoreng.
8. Sekiranya hendak disimpan, goreng sebentar sahaja, bila sejuk boleh disimpan frozen...

Friday, April 2, 2010

SAKURA MANJUNG






























Minggu lepas, pokok Tercoma (ala-ala Sakura)telah berbunga dengan lebat di kawasan perumahan berdekatan tempat tinggal saya...Alangkah cantiknya...bertaburan...kadang-kadang dibiarkan begitu sahaja oleh tuan rumah...nampak lebih asli...tetapi sayangnya bunga tersebut tidak bertahan lama...Minggu ini, nampaknya bunga-bunga tersebut telah berguguran...hampir kesemuanya...Begitulah juga manusia....Hidup hanya sementara...tiba masanya, kita pasti kembali bertemuNya...

Thursday, December 24, 2009

AMAH KEJAM



Berita yang kita selalu dengar dan baca dan dipopularkan oleh media seberang adalah majikan kejam, majikan tak berhati perut, majikan tamak, serba-serbi majikan...tetapi berita yang banyak juga dilaporkan tentang amah mendera anak majikan, amah larikan wang, amah sediakan makanan kotor....amah itu...dan ini...yang tidak pun dilaporkan di sana..Baca petikan di bawah:

KUANTAN: Seorang wanita warga Indonesia layak digelar `amah setan’ apabila bukan saja tergamak meninggalkan anak majikannya baru berusia setahun dalam keadaan terkurung dan kelaparan hampir sembilan jam, malah turut melarikan barang kemas bernilai RM15,000 ketika melarikan diri dari rumah mangsa di Taman Rasau Perdana di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, amah berusia 39 tahun dikenali sebagai Surianti, dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya dengan menunggang motosikal.

Majikannya, Norhaslina Mohd Jamil, 32, berkata dia hanya menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah dan mendapati semua pintu dan tingkap berkunci.

Menurutnya, mengesyaki perkara buruk berlaku, dia memanggil jirannya sebelum dimaklumkan pembantu rumahnya sudah melarikan diri.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/
Setempat/20091224072917/Article/index_html

Tuesday, December 22, 2009

ZALIM...ZALIM....



Kerana terlalu taksub kepada bomoh, ada yang percaya bahawa apa sahaja yang mereka rawat,semuanya benar belaka,walaupun melakukan pelbagai bentuk penderaan yang jika dilihat pada mata kasarnya cukup meruntun hati. Baca petikan di bawah:

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.” - Agensi

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Global/20091222085232/Article/index_html

Monday, December 21, 2009

BRITTANY MURPHY (1977-2009)





Hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang aktres bernama Brittany Murphy, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia muda iaitu 32 tahun.Maka tinggal lah segala kemasyhuran, wang ringgit, rumah bak istana dan segala-galanya.Baca petikan di bawah:
Actress Brittany Murphy, known for her roles in films such as "Clueless" and "8 Mile," died Sunday after suffering a cardiac arrest at her home, police and hospital officials said. She was 32.
Murphy's mother discovered the star slumped unconscious in a shower at her home in Los Angeles before her husband, British screenwriter Simon Monjack, called emergency services, entertainment website TMZ.com reported.

The actress was rushed to Cedars-Sinai Medical Center in Beverly Hills where she was confirmed dead at 10:04 am, spokeswoman Sally Stewart said. No other information was released by the hospital.
Murphy made her name in television sitcoms during the 1990s before grabbing notable roles in "Clueless," "Girl Interrupted," "Sin City," "8 Mile" and "Happy Feet."

She provided the voice of Luanne Platter in more than 200 episodes of the animated television sitcom "King Of The Hill."

Murphy was born in Atlanta and was raised by her mother, Sharon Murphy, in New Jersey before moving to Los Angeles.

Murphy scored her first role in 1991 on the television show "Blossom," before landing a starring role that same year in "Drexell's Class."

SUMBER:http://entertainment.malaysia.msn.com/photos/photos.aspx?cp-documentid=3757400

Sunday, December 20, 2009

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Kita sudahpun berada di bulan baru tahun Hijrah iaitu bulan Muharram.
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Muharram.

1 Muharram:Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit

(***Selain daripada itu,anak kedua saya juga lahir pada 1 Muharram..)

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Muharram

Saturday, December 19, 2009

KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN MADU LEBAH


Bila disebut perkataan "madu" tersentaklah sesiapa yang bergelar isteri, namun petikan artikel di bawah bukanlah mengisahkan "madu" yang menjadi igauan ramai wanita, tetapi khasiat dan keistimewaan madu asli.
Dalam madu terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Petunjuk ilmiah ini sebenarnya telah 15 abad yang lalu Allah SWT kisahkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Madu mengandung glukosa (dekstrosa) dan fruktosa (levulosa) dalam jumlah yang tinggi. Menurut Winarno (1982), kadar dekstrosa dan levulosa yang tinggi mudah diserap oleh usus bersama zat-zat organik lain, sehingga dapat bertindak sebagai stimulant bagi pencernaan dan memperbaiki nafsu makan. Selain itu, madu juga memiliki sifat antimkiroba. Berdasarkan hasil peneliti Komara (2002), madu memiliki aktivitas senyawa antibakteri terutama pada baktero Gram (+), yakni bakteri S, Aureus, B. cereus.
Berikut adalah antara lain Khasiat madu lebah asli:
• Meningkatkan kekuatan tenaga fisik.
• Mencerahkan mata, memutihkan dan menguatkan gigi.
• Mencerdaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
• Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
• Mempercepat penyembuhan luka terbuka, melawan Jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan panas badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• Madu lebah mempunyai kemampuan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (oleskan).
• Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan menambah tenaga.

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Sumber:http://healthycampus.usm.my/pages/upload/colbin/makanan_dan_hikmahnya_dalam_isla.htm
Sumber:http://www.al-suuq.com/informasi/iid-103/khasiat-madu.html
Sumber:http://www.edumuslim.org/index.php?option=article&article_rf=108