Saturday, November 14, 2009

PUDING MARBLE


Kalau sesiapa yang nak mencuba bolehlah ikut resepi di bawah:
Bahan A:
1 peket serbuk jelly (10g)
3 1/4 cwn air
1 cwn gula pasir
1 sb butter @ majerin

Bahan B:
4
biji telur
1 sb tepung kastad
1 cwn susu cair
2 sb susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Bahan C:
1 sb coklat emulco (atau boleh juga koko powder)

Cara membuatnya:
1. Masak bahan A sehingga mendidih (sambil kacau).Dah mendidih masukkan butter.
2. Sementara tu, siapkan bahan B.
3. Blend semua bahan B. Kalau A dah mendidih, masukkan B, kacau guna "whisk" supaya tidak bergentel nanti. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.
4. Bahagikan adunan kepada dua. Satu biarkan warna asal(kalau nak kuning lagi,boleh letak pewarna kuning).Yang satu lagi letakkan cocoa emulco. Kacau rata.
5. Ambil bekas yang bulat atau 4 segi, masukkan satu senduk warna coklat, masukkan atasnya warna kuning pula silih berganti...sehingga habis.
6. Gariskan atasnya menggunakan lidi sate untuk membentuk sarang labah-labah. Siap dan masukkan dalam fridge...










Friday, November 13, 2009

ANALISA PEPERIKSAAN



Saya sedang menganalisa keputusan peperiksaan keseluruhan untuk dibuat laporan. Begitulah rutinnya setiap lepas peperiksaan, mana yang nak kena ambil tindakan dan yang mana yang perlu diperbaiki, supaya anak-anak kita nanti dapat keputusan yang membanggakan ibubapa dan guru-guru mereka, selain dari diri mereka sendiri...


Thursday, November 12, 2009

LUMUT WATERFRONT

Kawasan rekreasi untuk pengunjung di Lumut Water Front

Ada siput, ikan , ketam.....tapak sulaiman..

Sauh pun ada..

Hati-hati, takut terlanggar todak..

Ke sudut muara sungai, ada Marina Wing.

Ini apa ye?....

Kapal-kapal kecil di kejauhan...
Dolphin terdampar...

Kincir angin...

Tah....

Kawasan permainan kanak-kanak...
Inilah dia sebahagian dari pemandangan tepi jeti bandar Lumut. Kepada sesiapa yang lama tidak datang ke Lumut tentunya ada kelainan kan? Masa kita belajar dulu tu, jetinya je yang wujud.
Itupun masa kami nak turun, kena angkat kain sikit sebab takut terpijak...pas tu barulah melompat ke bot. Tapi itu zaman dululah...

Saturday, November 7, 2009

SERI MANJUNG

Bangunan Mahkamah Syariah Manjung
Majlis Perbandaran Manjung

Seri Manjung sebuah bandar terancang yang semakin hari semakin ramai datang berhijrah ke sini. Bangunan-bangunan kerajaan dan institusi-institusi yang dibina di kawasan ini menjadikannya antara kawasan yang paling cepat membangun. Dibandingkan zaman belajar dahulu, manalah ada bangunan sangat, paling tidak pun Emporium Dinding (mungkin ada yang tak tahu istilah emporium).Hee,he,he kena tengok kamus..
Bangunan Mahkamah dan Majlis tu hampir antara satu sama lain, cuma bertentangan, dipisahkan di sebelah mahkamah dengan Masjid Seri Manjung(masih dalam pengubahsuaian).




SOTO

Sedang menceduk kuah...yummm...yummmm

Saf mangkuk menunggu giliran untuk dijamah..

Selesai urusan kerja pagi tadi, kami dijamu makan ringan iaitu Soto di kantin. Di sini boleh dikatakan sotonya ada kelas dibandingkan dengan di tempat lain. Memang rasa rempahnya cukup, dan ada pegedil lagi...Pernah makan yang diluar, tapi yang tu setakat B sahaja markahnya. Nanti kena tanya resepi kat tokeh tu, kalau dia bagi lah, kadang-kadang orang tak bagi takut saya buka kedai kat sebelah dia pulak...



TEMPAT KERJA

Di sinilah tempat saya menjalankan tugas-tugas seharian selain dari berjumpa dengan anak-anak didik di kelas. Walaupun tak canggih mana, yang pentingnya adalah komitmen sebagai pendidik, tidak bosan mencurahkan ilmu dan mendidik anak bangsa. Guru-guru kita dahulu bertungkus lumus untuk menjadikan kita manusia hari ini. Sekarang giliran kita pula menjalankan amanah ini, menjadikan manusia hari esok..



Friday, November 6, 2009

RUMAH WAWASAN SITIAWAN


Bergambar bersama penjaga (kiri sekali), Lei Feng, Harrison Joe, saya dan
Lina (kanan) sekali.
Selepas menjalakan tugas hari ini, saya dan Lina Cheah membuat lawatan amal ke Rumah Wawasan Sitiawan. Rumah tersebut menempatkan anak-anak yatim dan anak anak yang tiada penjaga. Ianya diurus oleh insan mulia suami-isteri berbangsa India. Di sini mereka menjaga dan mendidik anak-anak ini sehinggalah mereka diambil semula oleh waris mereka atau mereka boleh berdikari. Ceria nampaknya mereka melihat kedatangan kami, terutamanya Lina yang kerap berkunjung ke sini.